KENYATAAN MEDIA 5 OGOS 2009 - TIADA KOMEN ISU PENJUALAN MINUMAN KERAS SEHINGGA PENYELESAIAN DIPUTUSKAN
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat MMKN hari ini setelah beberapa orang ahli MMKN membangkitkan isu penjualan minuman keras khususnya di kawasan penduduknya majoriti Muslim.
Langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat yang majmuk di Selangor.
Kerajaan Negeri telah mengadakan dialog umum dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, persatuan penduduk dan sektor perniagaan berhubung dengan isu ini. Dengan ini kami yakin akan dapat mencapai satu penyelesaian yang munasabah bagi semua kaum di Selangor.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
No comments:
Post a Comment