NUFFNANG

Monday, 31 August 2009

MELAYU JANGAN JADI LEMBU....macam...

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 52 : MELAYU JANGAN JADI LEMBU....

HARI ini, 31 Ogos 2009 adalah hari kemerdekaan negara dari penjajahan British yang ke 52. Perayaan menyambut kemerdekaan kali ini tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya kerana ianya jatuh pada bulan Ramadhan dan gangguan wabak H1N1 (Seleseme Babi) yang belum pasti bila akan berjaya dihapuskan.


Bagaimanapun, menjelang sambutan kemerdekaan ke 52, penduduk Seksyen 23 Shah Alam telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pembinaan kuil besar di situ. Alasan mereka kerana di situ adalah kawasan orang Melayu. Orang Islam. Dan kuil yang dicadangkan itu akan dibina bersebelahan dengan surau.


Mereka bukan anti agama Hindu atau anti kaum India. Mereka masih hormatkan undang-undang dan kontrak sosial yang dikorbankan oleh orang Melayu kepada kaum mendatang di negara ini. Mereka cuma mahu supaya projek kuil itu dipindahkan ke tempat lain. Ke seksyen 22. Itu sahaja.


Dalam pada itu terdapat pula di antara penunjuk perasaan itu yang membawa kepala lembu ke perhimpunan membantah pembinaan kuil berkenaan. Maksudnya ialah supaya pemimpin Melayu yang ada di Selangor – mungkin di seluruh negara, jangan jadi bodoh macam lembu.


Begitulah maksud tersirat yang cuba ditonjolkan oleh segolongan orang Melayu yang sangat marah dengan projek kuil berkenaan di seksyen 23.


Kepada mereka, Khalid Ibrahim yang jadi MB Selangor sekarang bagaikan lembu dicucuk hidung. Tunduk mengalah dengan kehendak kaum bukan Melayu yang mempunyai agenda tersendiri terhadap negara ini.


Mereka mahukan orang Melayu dilihat sebagai tidak ada kuasa dan mengalah dengan kehendak mereka demi demokrasi yang menepati aspirasi ‘Malaysian Malaysia’. Kalau orang Melayu boleh ada masjid yang dibina oleh kerajaan dengan perbelanjaan ratusan juta, kenapa mereka tidak boleh membina kuil dan tokong yang tersergam indah di mana-mana kawasan yang mereka suka.


Mereka lupa, kerajaan tidak pernah membina masjid atau surau di kawasan Petaling Street. Masjid dibina di kawasan yang terdapat ramai umat Melayu - Islam. Lagipun, masjid adalah lambang agama Islam yang menjadi agama resmi negara bernama Malaysia ini.


Yang jadi masalah sekarang bukannya desakan atau tindakan kaum mendatang itu. Mereka bijak dan cuba mengasak demi kepentingan kaum mereka dan kuil serta tokong adalah lambang menunjukkan keberadaan mereka di sesuatu tempat.


Mereka cerdik dan mereka bijak menyusun strategi.


Yang bodoh macam lembu ialah pemimpin Melayu seperti MB Selangor sekarang yang tidak mahu faham hasrat orang Melayu yang mula rasa tertekan dari segi ekonomi dan kuasa politik sejak Pakatan Haram Pembangkang berkuasa di negeri itu.


Rakyat Melayu kini mula sedar bahawa tolak-ansur pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang agak keterlaluan dan berada di tahap sanggup menggadaikan maruah bangsa, agama dan negara. Segalanya mereka turutkan kerana terlalu berkehendakkan sokongan kaum imigran untuk berkuasa.


Mereka tidak sedar kuasa yang mereka perolehi tak seberapa dan puak imigran semakin mara menguasai politik negara setelah mereka sekian lama berjaya menguasai ekonomi.


Rakyat Selangor kini benar-benar menyesal kerana memberikan kuasa kepada pakatan haram pembangkang pada PRU ke 12 lalu dan kini sedang bergelut membetulkan keadaan.


Satu demi satu keruntuhan maruah bangsa, agama, institusi raja-raja Melayu dan Perlembagaan Negara cuba dilakukan oleh kaum imigran yang mula nampak boleh berkuasa di negara ini melalui pakatan haram pembangkang yang bermatlamat meletakkan Anwar bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


Kepada mereka, jika Anwar Ibrahim berjaya diangkat menjadi PM, segala apa yang mereka tuntut selama ini akan tercapai dan akan dituruti oleh Anwar. Rasa tidak puas hati dengan keistimewaan hak orang Melayu akan berjaya mereka hapuskan. Kaum imigran dan orang Melayu sama taraf dan hak di negara ini.


Akhirnya nanti, tersirat di dalam agenda mereka bahawa Perlembagaan Negara akan mampu mereka ubah dan pinda mengikut kepentingan agenda mereka merampas kuasa dari tangan orang Melayu.


Justeru, tepatlah seperti apa yang cuba ditionjolkan oleh penduduk seksyen 23 Shah Alam itu yang meminta para pemimpin Melayu supaya jangan jadi lembu atau bodoh macam lembu hingga sanggup dicucuk hidung.


Hakikatnya, sambutan kemerdekaan kali ke 52 ini memberi erti yang sangat bermakna kepada orang Melayu yang mula sedar bahaya kemusnahan kuasa politik Melayu di tanah air sendiri, khasnya di Semenanjung Tanah Melayu.


Sanasinigitugini: Terkenangkan konspirasi gerakan anti-Islam sedunia yang membunuh Michael Jackson kerana beliau bercadang menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘GIVE THANKS TO ALLAH’ bersama Yusof Islam pada konsert akhir yang bakal diadakan di London. Akhirnya kematian misteri MJ itu tidak dapat ditutup lagi sebabnya dan seorang doktor seketurunan dengan MJ jadi ’kambing hitam’ untuk dipersalahkan.



No comments: