NUFFNANG

Friday 28 August 2009

Hak saya untuk masuk `syurga’ dinafikan Pas

Hak saya untuk masuk `syurga’ dinafikan Pas

MOHD. FADZLY MOHD. IZAB

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Hasrat Presiden Gabungan Graduan Melayu Malaysia (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz untuk menyertai Pas dinafikan oleh parti tersebut.
Beliau yang menghantar sendiri borang keahlian itu ke ibu pejabat Pasdi Jalan Raja Laut hari ini, berasa kecewa dan malu di atas tindakan parti tersebut sekali gus menafikan haknya untuk masuk `syurga.’

“Jika betul menjadi ahli dan mengundi Pas boleh jamin masuk syurga,saya juga tidak mahu melepaskan peluang ini, tetapi kenapa hak saya untuk menjadi ahli Pas dinafikan?
“Ini bermakna hak saya untuk masuk syurga juga telah dinafikan oleh Pas dan ini sangat mengecewakan saya”, tegasnya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Mursyidul Am Pas, DatukNik Aziz Nik Mat yang mendakwa sesiapa yang menyokong dan mengundi Pas akan masuk syurga.
Katanya, beliau menghantar borang keahlian itu dan berurusan dengan seorang lelaki, Saripudin Yatim yang berada di kaunter pertanyaan ibu pejabat parti itu.

Tambahnya, lelaki itu kemudiannya terus menghubungi Setiausaha AgungPas, Datuk Mustaffa Ali melalui telefon.
“Mustaffa mengarahkan Saripudin supaya jangan menerima langsung borang permohonan dari saya tanpa memberi alasan yang munasabah,”katanya.

Menurut beliau, telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap orang yang cukup syaratnya berhak memilih mana-mana persatuanyang mereka ingin sertai.

Mohd. Khairul Azam turut mempersoalkan mengapa keahliannya ditolak kerana beliau sudah sedia faham dengan syarat-syarat untuk menjadiahli Pas.

“Saya tidak faham, sedangkan saya sudah memenuhi semua syarattersebut, jadi kenapa permohonan saya ditolak mentah-mentah tanpa sebarang alasan yang kukuh,” ujarnya.

“Saya dilayan seperti warga negara kelas ketiga dan sangat malu dan terhina dengan tindakan mereka ini, sedangkan prinsip mereka sendirimenyatakan bahawa Pas itu untuk semua,” jelas beliau.

Beliau yang ditemani empat rakannya meluahkan rasa kecewa merekadengan bertindak menggantung poster serta kain rentang di hadapan ibu pejabat parti tersebut.

Antara ungkapan sinis yang tertulis pada poster itu adalah ‘Pas untuksemua’, ‘Pas for Muslim Only’, ‘Kami sokong Hudud’ dan ‘Islam way of life’.

Selesai menemui pihak media, Mohd. Khairul Azam bersama rakan-rakannya terus ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadu tentang haknya untuk berpersatuan yang dinafikan oleh Pas.

Beliau memohon supaya Suhakam menjalankan siasatan terhadap Pas kerana telah melanggar dua hak asasi manusia dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 8 dan Perkara 10.

Menurutnya, dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan menyatakansemua orang harus diberi layanan sama rata, tetapi haknya untuk menyertai Pas dinafikan dan ini bermakna parti itu tidak memberikan layanan sama rata kepadanya.

Tambah beliau, dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan kebebasan untuk berpersatuan dan Pas sekali lagi telah melanggarnya dengan menafikan keahlian beliau.

Mohd. Khairul Azam yang sebelum ini dengan lantangnya menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyatakan beliau rela untuk tidak menyokong akta tersebut jika itu merupakan syarat utama untuk menjadi ahli Pas.

SILA KLIK DAN BACA DI SINI

dan klik juga di sini

klik juga disini

klik di sini pulak

dan di sini juga

Melangkah Ke Syurga

Melangkah Ke Syurga
Presiden & 4 sahabatnya melangkah poyo bergerak menuju Pejabat Agung PAS

Wajah suci dan bersih dengan hasrat untuk masuk syurga

Wajah suci dan bersih dengan hasrat untuk masuk syurga
Bukti bahawa borang telah di isi dengan lengkap, duit yuran tahunan RM5 dah bayar

Telefon SU Agung terus yang sedang berjihad di Permatang Pasir

Telefon SU Agung terus yang sedang berjihad di Permatang Pasir
Saripudin :"Dato, ni ada Khairul Azam yang hari tu... tu...dia kat depan saya sekarang....nak serah borang...macamana Dato? nak saya terima ke tak?" Dato Mustapa Ali : " Jangan terima, menyusahkan je"

SU Agung PAS tak bagi saya terima borang Encik......

SU Agung PAS tak bagi saya terima borang Encik......
Saripudin :"Dato Mustapa Ali arahkan saya agar tidak menerima borang Encik" Presiden GGMM : "Kenapa?Apa alasan Dato?" Saripudin : "Saya tak tahu lagi pun setahu saya borang mesti di hantar ke cawangan PAS berhampiran rumah" Presiden GGMM : "Mana ada, ni kat belakang borang yang saya download dari www.parti-pas.org ni membenarkan permohonan terus di buat ke Pejabat Agung PAS jika tak tahu di mana cawangan berhampiran....Siap bagi alamat Pejabat ni lagi....Dia tulis lagi...keahlian yang di hantar terus di namakan Ahli Berdaftar Terus..." Saripudin : "Errrr"

PAS FOR ALL...But me?????

PAS FOR ALL...But me?????
Puas berdebat dengan En Saripudin yang bertugas di kaunter, tapi tetap beliau kata "saya hanya menurut arahan SU Agung...Kalau pun nak reject, buat-buat lah terima borang tu...selang sebulan lepas tu, selepas di proses, lantak la nak reject ke apa......tak sakit hati sangat....ni tengok pun tak.....INI NAMANYA DEMOKRASI TERPIMPIN!!!!! Demokrasi kepala hotak kau!!!!!!!!!!!!

Kecewa & termenung di pintu syurga

Kecewa & termenung di pintu syurga
Selepas di nafikan hak untuk menghantar borang keahlian PAS, Sdr Presiden dan rakan-rakan berpiket di pintu masuk pejabat Agung PAS

Di perkarangan pejabat SUHAKAM

Di perkarangan pejabat SUHAKAM
Presiden GGMM & 4 sahabat beliau membuat laporan kepada SUHAKAM terhadap Dato Mustapa Ali kerana enggan langsung menerima borang permohonan beliau sebagai ahli PAS. PAS mencabuli Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan



source : graduanmelayumuda.blogspot.com

No comments: