NUFFNANG

Thursday 29 January 2015

[SAH! EXCO SELANGOR DIKUASAI CINA DAP !!] ... Exco DAP Selangor Lakukan “Ethnic Cleansing” Di Tanah Milik Melayu Keramat-Jelatek

[SAH! EXCO SELANGOR DIKUASAI CINA DAP !!] ... Exco DAP Selangor Lakukan “Ethnic Cleansing” Di Tanah Milik Melayu Keramat-Jelatek

AIDCNews – 29/1/15 – Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor telah melakukan pembersihan etnik (ethnic cleansing) di tanah milik Melayu Keramat-Jelatek dengan pembinaan Projek Datum Jelatek, dakwa facebook BBCD.
“Kerajaan negeri Selangor tidak akan membatalkan projek pembangunan program Datum Jelatek di Taman Keramat, dekat Hulu Klang yang dilihat akan didominasi oleh kaum cina.
“Projek berkeluasan 2.2 hektar tersebut yang dimajukan oleh kuasa anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) difahamkan telah dijual kepada pihak asing iaitu kepada rakyat China, Taiwan, Hong Kong, Macau dan Singapura. Manakala dua blok lagi masih dalam proses jualan kepada kaum cina Malaysia. Harga dan keluasan yang diberikan adalah RM956 000 seunit dan diskaun 7% peratus khas untuk Melayu Bumiputera telah dihapuskan oleh kerajaan negeri Selangor yang dibuat keputusan oleh Exco Exco DAP berserta persetujuan dari MB Selangor PKR Azmin Ali.
“Promosi di luar negara yang dinamakan sebagai “Daerah Cina,Datum Jelatek” telah menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli unit pangsapuri tersebut secara kasar pembayaran bulanannya adalah di antara RM8000 hingga RM10,000 dan ini bermakna seseorang itu mesti mempunyai pendapatan RM40,000 sebulan dan mempunyai tunai RM200,000 bagi bayaran muka, kos guaman dan duti setem. Harga unit rumah paling murah di situ dijual RM956,000 membabitkan unit studio sekali gus akan mengenepikan kaum Melayu yang dan penduduk asal yang mahu membeli,” lapor BBCD.
Memetik pendapat beberapa penghuni Melayu di Keramat-Jelatek BBCD melaporkan bahawa kini fungsi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) semasa Pakatan rakyat memerintah telah bertukar daripada membawa masuk Melayu ke bandar kepada menghalau Melayu dari bandar ke luar bandar.
“Seorang penduduk asal Melayu di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Ary berkata: “Tanah berkeluasan 2.2 hektar sepatutnya dibangunkan dengan cara mengekalkan penduduk majoriti Melayu di situ seperti Kampung Baru. Jika buat di Kepong atau Jinjang kami tidak kisah, kita tidak persoalkan kerana itu memang bukan kawasan majoriti masyarakat Melayu. Lupakah jasa kami mengundi DAP dan PKR di Selangor ini. Mengapa PAS yang mempunyai kerusi tertinggi di Selangor tidak bersuara langsung bagi membantu kami orang Islam?” -kata Ary yang berniaga menjual minyak wangi di kawasan berhampiran.
“Seorang lagi penduduk lama di situ yang digelar Pak Akai berkata: ”Dulu semasa zaman Allahyarham Datuk Harun Idris, beliau menggalakkan orang Melayu masuk bandar untuk mengimbangi penguasaan penduduk kaum cina tetapi hari ini seolah-olah hendak menghalau orang Melayu masuk hutan. PKNS ini sebenarnya adalah untuk membawa Melayu Bumiputera ke bandar yang dikuasai oleh kaum Cina. Idea ini dibuat oleh bekas Menteri Besar Selangor UMNO iaitu Allahyarham Dato’ Harun Idris. Kini sudahlah objektif penubuhan PKNS itu tidak diteruskan, Azmin Ali bersekongkol pula bersama Exco DAPnya yang menjadi dalang mengeluarkan orang Melayu dari kawasan bandar. Adakah ini yang diberi selepas kamu mengundi PKR dan DAP? Kami berdoa di sini agar PAS dapat membantu kami, kami merayu kepada PAS” kata Pak Akai kesal.
“Ya Allah Ya Tuhanku, kau lindungilah kaum Muslimin daripada dibuang dan diketepikan di tanah milik mereka ini. Harap semua dapat click share/kongsi bagi mendesak sehingga mahkamah dapat mengeluarkan injuksi bagi memberhentikan pembangunan yang didalangi oleh Exco DAP dan MB Selangor Azmin Ali,”lapor BBCD lagi.
Sementara itu blog The Unspinnners mendakwa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan bekas Exco DAP Kerajaan Selangor terlibat ‘mengutip komisyen’ melalui projek tersebut.

source : aidc

No comments: