NUFFNANG

Tuesday 6 January 2015

INSAF DAN SEDARLAH WAHAI AHLI PAS...BILA TIN-TIN MILO DAN KARUNG-KARUNG BERJALAN-JALANAN...SIAPA YANG AKAN KENYANG SEBENARNYA?

BILA TIN-TIN MILO DAN KARUNG-KARUNG BERJALAN-JALANAN...SIAPA YANG AKAN KENYANG SEBENARNYA?


Asal ada bencana dan malapetaka mereka akan ambil kesempatan.

Asal ada kesempatan disitu mereka berada dan disitu akan timbul bencana.

Bukan nak pertikai keikhlasan mereka tetapi dah banyak kali rakyat kena tipu.

Tabung Memali lesap
Tabung Lahad Datu lenyap
Tabung MH 370 songlap
Tabung MH 17 senyap
Tabung Jihad Palestin pun kena gelap
Tabung untuk peneroka sawit kena rembat
Tabung untuk penoreh getah kena kebas
Tabung mangsa banjir 2013 dulu mana perginya?

Semuanya ranap, rakyat dapat apa???

Sedar-sedar pemimpin dapat beli Vellfire, BMW dan Audi model terkini, dapat melancong sana sini, perut makin membuncit disorok dengan leretan jubah-jubah, dagu dan leher mula berlapis disorok dengan janggut kononnya sunnah...bini pun makin bertambah.

Bagi pula amanah kepada mereka yang diketahui ada rekod silam yang tak bagus...


Ntah apalah nasib duit rakyat nanti...jangan kita terpukau lagi dengan pelbagai hadis dan ayat-ayat suci dan kata-kata manis yang terbit dari mulut pemimpin-pemimpin PAS ini.

Kutipan yang tidak pernah diaudit disalahguna untuk kepentingan parti atas nama jihad.

Dulu banyak wang kutipan yang digunakan sebagai dana pilihanraya ke 13. Banyak juga digunakan untuk mencetuskan huru hara semasa perhimpunan Bersih, Turun, Tolak GST dan sebagainya.


Tanya pada Bendahari PAS; Dr Hatta Ramli yang juga MP Kuala Krai tempat paling teruk ditimpa musibah tsunami banjir lumpur dan balak...kemanakah wang-wang kutipan selama ini pergi? 

Bukankah dia dulu yang bertanggungjawab menjadi Bendahari bersama mengumpul pelbagai dana untuk dibelanjakan bagi mencetuskan beberapa siri demonstrasi anti kerajaan selama ini? 

Bukankah dia juga bertanggungjawab mengupah para gedebe-gedebe seluruh negara, menyewa berpuluh-puluh bas dan kenderaan di seluruh negara termasuk paling besar peserta dari Kuala Krai, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas turun dijalanan merusuh, memaki hamun pihak berkuasa, merosakkan harta benda dengan begitu bongkak dan angkuh sekali di Kuala Lumpur suatu masa lalu?

Seolah-olah negara tidak ada undang-undang dan seolah-olah Allah merestui kelakuan gedebe mereka!

Kini mereka mahu kutip duit rakyat lagi...adakah kita masih mahu percaya lagi?  


Boleh la lepas ni bolehlah mintak kat tokey-tokey balak dan kroni-kroni mereka dari DAP itu...duit balak adalah duit rakyat. Wajar rakyat mendapat royalti balak itu.

Pesan kami...salurlah derma seikhlas mungkin dengan saluran yang betul. Elakkan ditipu dan tertipu oleh penipu-penipu atau mereka yang tidak bertanggungjawab.
Abe-abe gedebe...mano mu lo ni ..banjir besa tempak mu nuhh!
Dulu mu gedebe tempak ore...lo ni Tuhe gedebe tempak mu...mu nak royak gapo?

3 ulasan:

  1. Tempat yg diaorg kasi huru hara ni la yg ramai dtg tolong . org BERSIH ada dtg ke x?
    Balas
  2. PAS dan Penipuan
    Berpisah tiada...
    Balas
  3. PAS lembu
    Balas

    Source : mymassa

No comments: