NUFFNANG

Wednesday 7 January 2015

#QZ8501 MISSING ... Indonesia Beri Kebenaran Juanda Izin QZ8501 Terbang?

Indonesia Beri Kebenaran Juanda Izin QZ8501 Terbang?

JAKARTA – Kemelut jadual penerbangan AirAsia Indonesia makin pelik apabila akhbar berpengaruh Kompas mendedahkan pusat kawalan trafik udara (ATC) Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya telah diberi kelulusan rasmi untuk penerbangan QZ8501.
Berdasarkan transkrip yang bocor kepada media itu, perbualan selama 20 minit pegawai ATC di Juanda yang dirakamkan pada 28 Disember tahun lalu menunjukkan pusat tersebut sudah pun mendapat kebenaran pemerintah untuk perlepasan pesawat berkenaan.
Ia sekali gus berlawanan dengan dakwaan Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Sabtu lalu yang melaporkan QZ8501 tidak dibenar terbang pada hari itu sekalipun Singapura meluluskan jadual baharu di bawah perjanjian udara untuk musim sejuk.
Transkrip pada pukul 5.25 pagi (6.25 pagi waktu Malaysia) mendedahkan pesawat AirAsia Indonesia itu sudah mendapat kebenaran berlepas dalam masa 10 minit lagi dan membenarkan ia terus terbang pada ketinggian permulaan 24,000 kaki.
Wagon Air lapan lima sifar satu yang jelas ke Singapura, Mike enam tiga lima tahap dua empat sifar awal, RAMPY satu Alfa berlepas berkuak nombor tujuh sifar sifar lima,” kata seorang petugas ATC di Juanda berdasarkan transkrip tersebut
Wagon Air 8501 adalah panggilan isyarat untuk penerbangan QZ8501 diikuti masa berlepas 6.35 pagi dari Juanda iaitu mengikut waktu tempat pendaratan di Singapura cepat sejam dan jarak bertolak dari PARAS laut ketika mula berlepas 24,000 kaki.
Gambar hiasan
Anehnya, Kementerian Pengangkutan Indonesia minggu lalu mendakwa AirAsia tidak dibenarkan untuk meneruskan laluan Surabaya-Singapura hari Ahad tetapi hanya boleh terbang antara dua bandar raya itu pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Singapura kemudian mengeluarkan kenyataan bercanggah dan berkata syarikat penerbangan tambang murah itu diberi kebenaran untuk penerbangan setiap hari semasa musim sejuk di bawah perjanjian udara dua hala.
Akhbar Amerika Syarikat, The Wall Street Journal melaporkan semalam bahawa Indonesia mengarahkan penggantungan pegawai bertugas dan mendakwa mereka menggunakan maklumat tidak tepat ketika memberi kuasa kepada slot berlepas untuk AirAsia.
Berikut ialah sebahagian sedutan transkrip perbualan awal antara ATC di Juanda dengan kokpit pesawat QZ8501:
AWQ8501: Menara, Wagon Air lapan lima sifar satu… selamat pagi…
ATC: Wagon Air 8501 selamat pagi… menara Juanda, teruskan…
AWQ8501: Lapan lima sifar satu… Alpha X-ray Charlie (AXC) tempat letak pesawat… Alpha Niner (A9) destinasi Singapura POB (jumlah penumpang dalam pesawat) satu enam satu, permintaan bertolak dan mula, Wagon Air lapan lima sifar satu…
ATC: Wagon Air lapan lima sifar satu… nombor tempat letak pesawat Alpha Niner tolak semula dan mula diluluskan menuju landasan barat satu sifar, keluar Sierra dua…  – Agensi

source : mynewshub

No comments: