NUFFNANG

Friday 16 January 2015

ANOTHER INTERESTING ARTICLE BY TUN MAHATHIR! UMNO MEMBERS PLEASE READ THIS! ...POLITIK KELUARGA

ANOTHER INTERESTING ARTICLE BY TUN MAHATHIR! UMNO MEMBERS PLEASE READ THIS! ...POLITIK KELUARGA

1. Saya amat tertarik dengan penjelasan oleh Mohd Puad Zarkashi bahawa tidak mungkin amalan atau budaya politik dinasti dalam UMNO mudah berlaku.

2. Sebabnya ialah undang-undang tubuh UMNO sudah dipinda supaya bukan perwakilan ke mesyuarat agong yang tidak ramai yang akan memilih, tetapi 146,000 perwakilan ke mesyuarat bahagian yang akan memilih.

3. Bahagian bukan sama besar. Ada yang sepuluh kali ganda lebih besar daripada yang lain.


4. Yang diambil kira bukan jumlah perwakilan yang mengundi seseorang calon (146,000 ahli) tetapi jumlah bahagian yang mencalon dan melantik. Jumlah bahagian sebenarnya kurang daripada jumlah perwakilan ke mesyuarat agong. Pengundi bukan ditambah tetapi dikurangkan.

5. Bahagian yang dulu tidak berkuasa, sekarang lebih berkuasa daripada perwakilan.

6. Saya dipilih oleh Tun Hussein yang bukan keluarga saya menjadi Timbalan Perdana Menteri. Yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden UMNO ialah perwakilan ke mesyuarat agong. Sudah tentu ada ramai yang tidak puas hati dan marah tetapi tidak ada calon lain untuk mereka undi. Demikian juga semasa saya dipilih menjadi Presiden. Kemudian saya dicabar. Tetapi saya menang walaupun hanya 43 undi.

7. Saya cuma mengingatkan dalam blog saya bahawa kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.

8. Saya kurang faham kenapa saya salah dengan menyatakan bahawa siapa sahaja yang layak dan cinta UMNO berhak dilantik ke semua jawatan serta kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.

9. Apakah UMNO mahu kaitan kekeluargaan dijadikan sebagai asas pemilihan?

10. Saya tidak kata apa-apa berkenaan Dato Seri Najib. Saya cuma membuat kenyataan umum. Jika sesiapa berasa tersinggung, itu masalah mereka.

11. Walaupun saya berpendapat kaitan keluarga tidak boleh dijadikan asas penerimaan atau penolakan, tetapi saya melarang anak saya daripada mengejar keahlian atau jawatan dalam UMNO, melainkan jika dilantik oleh pemimpin bukan keluarga.

Source : che det

No comments: