NUFFNANG

Wednesday 7 January 2015

PANASS !! AHLI PAS SOKONG PEMECATAN ANWARINAS ... El Haraki Sokong Pemecatan Anwarinas Dalam Harakah

PANASS !! AHLI PAS SOKONG PEMECATAN ANWARINAS ... El Haraki Sokong Pemecatan Anwarinas Dalam Harakah

AIDCNews – 7/1/15 – Facebook pro ulama, El Haraki menyokong pemecatan beberapa individu tertentu daripada terus menguasai organ PAS, Harakah.
Menurutnya sekurang-kurangnya enam sebab mengapa golongan Anwarinas perlu disingkir daripada Harakah;
Pertama, mendahulukan (berita berkenaan) Anwar Ibrahim berbanding Presiden PAS sendiri. Kedua, emaparkan artikel bercorak Syiah. Ketiga, tidak memberi keutamaan kepada berita-berita Presiden PAS. Kempat, membiarkan tulisan menghentam ulamak. Kelima, memuatkan banyak tulisan PKR dan DAP berbanding pemimpin PAS sendiri dan keenam, menjadikan Harakah sebagai medan menyebarkan ideologi sesat seperti Liberalisme, Sosialisme dan lain-lain lagi.
El Haraki membuat kenyataan itu sebagai menjawab surat rasmi daripada Ishak Surin Yang Dipertua PAS kawasan Batu yang mempertikai pemecatan tiga individu dalam Harakah.
Dalam surat itu, Ishak Surin berkata Harakah telah bertindak tidak wajar memecat Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang), serta dua orang wartawan, Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.
El Haraki berpendapat tindakan Harakah memecat tiga individu itu adalah wajar kerana mereka telah menjadikan Harakah sebagai medan memburuk-burukan ulamak serta membawa suara PKR dan DAP.
“Ishak Surin ialah YDP PAS Kawasan Batu yang juga sahabat akrab kepada Tarmizi Mad Jam.
“Kedua-dua individu ini jugalah yang kerap mengangkat PARA Jebon dalam PAS melalui pentas ceramah yang diadakan di bekas tapak Markas Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, Gombak.
“El-Haraki dikhabarkan yang mereka sering memburuk-burukkan Kepimpinan ulamak pada pentas ceramah yang mereka jalankan di kawasan tersebut, juga memburukkan ulamak dengan mereka berikan lapangan Hishamudin Rais, Mohd Sayuti Omar dan PARA jebon yang lain menghentam ulamak,” kata El Haraki.
Ahmad Lutfi merupakan pengkritik tegar Anwar semasa beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri, namun mengubah sikapnya apabila PAS bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) membentuk satu pakatan yang dinamakan Barisan Alternatif (BA).
Malaysiakini melaporkan pemecatan Ahmad Lutfi dikaitkan dengan dua artikel abangnya, Dinsman yang disiarkan dalam Harakah mengkritik ulama.
“Selepas dua pengarang kanannya ditamatkan kontrak, organ rasmi PAS Harakah kini meminta ketua pengarang akhbar itu sendiri Ahmad Lutfi Othman, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan.
“Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.
“Menurut sumber, pertemuan dengan Ahmad Lutfi dibuat minggu lalu bagi memaklumkan “permintaan” yang diputuskan mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah Disember lalu,”lapor Malaysiakini.

source : aidc

No comments: