NUFFNANG

Sunday 18 January 2015

AKIBAT MENDAPAT PUNAHSIHAT PUNAHSIHAT, KONSETAN KONSETAN DAN APPLE POLISHER SEKELILING ... NAJIB PERDANA MENTERI PERTAMA MUSUHI PEMIMPIN VETERAN

AKIBAT MENDAPAT PUNAHSIHAT PUNAHSIHAT, KONSETAN KONSETAN DAN APPLE POLISHER SEKELILING ... NAJIB PERDANA MENTERI PERTAMA MUSUHI PEMIMPIN VETERAN


ADA yang tak kena dengan Najib Razak.

Atau mungkin tersalah memilih penasihat.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno.

2. Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno.

3. Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno.

4. Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

5. Tan Sri Sabaruddin Chik, bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas Menteri.

Kita boleh memberi beberapa nama pemimpin Umno lain (bukan pemimpin Pakatan Rakyat) dan setiap dari mereka ini mengkritik Najib atau pernah mengkritik Najib.

Tun Dr Mahathir mengkritik Najib melalui blog beliau serta membuat kenyataan secara terbuka.

Tun Daim Zainuddin juga mengkritik cara Najib mentadbir di majlis-majlis yang dihadiri beliau.

Tengku Razaleigh menulis surat kepada semua Ahli Parlimen mengkritik pentadbiran Najib.

Tan Sri Sabaruddin juga mengkritik Najib semasa isu Bank Rakyat tidak lama dulu dan Tan Sri Zainuddin melalui blog beliau, Zamkata.

Sekarang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim diserang hebat oleh media milik kerajaan. Malahan malam ini, TV3 begitu ghairah mengkritik Tun Daim.

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno yang dihormati rakyat tiba-tiba DIMUSUHI NAJIB.

Tidak mungkin media Umno berani menyerang Tun Dr Mahathir dan Tun DaimTANPA pengetahuan Najib.

Apakah Najib merasakan pemimpin-pemimpin veteran ini tiada nilai dan tidak berguna lagi kepada Umno?

Apakah Hassan Malek, Shahidan Kassim, Tajuddin Rahman, lebih baik dari Tun Dr Mahathir, Tun Daim dan lain-lain?

Atau Najib memang jenis pemimpin yang PANAS TELINGA dan tidak boleh dikritik?

Seorang kawan berkata, Tun Dr Mahathir lah yang meminta Tun Daim memastikan Najib"SELAMAT" karier politiknya semasa Tun Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Kini bagi Najib, ikut cara pemimpin ini dilayan sekarang ini, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim bukan lagi RAKAN beliau dan sebab itulah sekarang ini media Umno"MENYERANG" mereka.

Kita tengoklah siapa yang akan kecundang.

Tun Dr Mahathir dan Tun Daim tiada apa yang dikejar mereka dan mereka tidak akan rugi apa-apa.

Inilah PERTAMA kali, Perdana Menteri dan Presiden Umno memusuhi begitu ramai pemimpin veteran Umno.

Mungkin Najib merasakan beliau adalah pemimpin paling kuat dalam sejarah Umno atau mungkin juga disebabkan oleh salah nasihat.

TETAPI Jelapang melihat kepada Najib sebagai pemimpin terdesak dan berada di dalam ketakutan dan berharap 'SERANGAN"ke atas Tun Dr Mahathir dan Tun Daim boleh memaksa mereka menutup mulut seketika.

Sehingga kini, jangan harap Tun Dr Mahathir dan Tun Daim dapat dibisukan dengan cara ini.

Yang akan rugi ialah Umno.

Yang akan kecundang ialah Najib.

TAK PERCAYA?

TANYA PAK LAH.

1 comment:



  1. tun dr mahathir & tun daim mengkritik kerana sayangkan Umno dan negara.

    tidak ada udang di sebalik batu.

    kalau salah, kata salah.

    najib banyak buat kesalahan sebab itu dia ditegur.

    susah sangat ke najib nak jadi pemimpin jujur.

    susah sangat ke rosmah hidup merendah diri

    itu persoalannya.

    p/s: lepas ni rosmah berjalan lagi ke london guna alasan bertemu 100 pelajar msia.
    Reply

    Source : jelapang

    kzso - najib, your political days are counting by the seconds if you still adamant keeping your punahsihat punahsihat and konsetan konsetan. Changed them or you'll be charged! 

No comments: