NUFFNANG

Friday 2 January 2015

PANASS DAN BONGKAR!! BANJIR DI KELANTAN. AHLI PAS PERLUKAN JAWAPAN DARI HUSAM! ... Kesan Kegagalan Projek Husam Di Kelantan…


Kesan Kegagalan Projek Husam Di Kelantan…

AIDCNews – 1/1/15 – Laman pro ulama, El Haraki menyediakan gambarajah tentang kegagalan, penipuan dan janji palsu, Datuk Husam Musa semasa menjadi exco kanan berkaitan perancangan ekonomi, kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 2004 – 2013.
Salah satu yang dicatat sebagai janji palsu Husam adalah ‘Lebuhraya Rakyat’ adalah ‘Koridor Depu Rakyat’.

Pelan Lebuhraya Rakyat
Blog Angin Perubahan mendedahkan projek ini telah dirasmikan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012.
“Dibahagikan kepada 2 Pakej, Pakej 1 dari Kuala Krai Ke Machang sepanjang 43km dengan 4 persimpangan Bertingkat dikenali sebagai Dusun Damar Interchange, Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange dan akhir sekali Bukit Tiu Interchange.
“Manakala Pakej 2 adalah Machang ke Kota Bharu dengan Kok Lanas Interchange, Ketereh Interchange, Kadok Interchange dan Pasir Hor Interchange sepanjang 30km,”lapornya.
Menurut blog itu Lebuhraya rakyat adalah satu bentuk penipuan dengan menggunakan sentimen rakyat untuk meminta sumbangan derma.
“Derma tersebut akan dikumpulkan oleh satu anak syarikat PMBK iaitu Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn. Bhd.(dahulunya dikenali Rowstead Systems Sdn. Bhd.)
“Hendak tahu siapa pemiilik dalam Rowstead Sdn. Bhd itu? Salah seorangnya adalah Husam Musa. Kontraktor utama akan membina lebuhraya hasil derma rakyat ini adalah Menta Construction Sdn. Bhd. Yang berpusat di Kuala Lumpur.
“Jajaran Lebuhraya Rakyat ini tidak melalui laluan jalan utama sedia ada Kuala Krai – KB tapi sebaliknya memilih laluan baru yang memerlukan penerokaan hutan yang jelas terutamanya di kawasan Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange,” lapornya lagi
Dedah blog itu lagi tujuan utama projek itu dilaksana bukan untuk membina lebuhraya, sebaliknya untuk menebang balak.
“Untuk membina lebuhraya 4 lorong ini sepanjang 43km untuk Pakej 1, ia memerlukan penerokaan hutan yang besar. Anggaran kasar untuk kawasan yang perlu dibersihkan untuk pembinaan lebuhraya ini jika mengambil kira lebar setiap lorong adalah 3.5m maka ia memerlukan lebih dari 600,000m2 kawasan.
“Ini tidak termasuk kawasan di 4 interchange yang telah dirancang dan kawasan rizab kiri dan kanan Lebuh raya tersebut. Kebanyakkan kawasan yang terlibat ini adalah kawasan yang mempunyai hasil hutan termasuk sumber perkayuan seperti Balak dan sebagainya.
“Persoalannya: Kemana hasil balak itu akan pergi? Siapa yang dapat faedah dari pembalakan dikawasan tapak bina?
“Jika balak di berikan pada syarikat kontraktor, berapakah kadar premium balak yang akan dibayar kepada kerajaan Negeri?
“Adakah wang hasil balak ini akan digunakan untuk menampung pembinaan Lebuhraya tersebut?
“Yang untungnya adalah Husam Musa dan kroni. Lebuhraya tidak ke mana, Husam Musa yang senang lenang, dedahnya lagi.
Pada Februari 2013 pula, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mendedahka kerakusan kerajaan negeri memberi konsesi pembalakan tanpa kawalan kepada beberapa syarikat untuk tujuan pembangunan pertanian mega, Koridor Depu dan Ladang Rakyat.
Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video dari udara berdurasi lebih 10 minit yang jelas memaparkan penggodolan beberapa buah bukit, bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri, Gua Musang, didakwa membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.
Presiden Ombak Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang sehingga kini masih merahsiakan perkara sebenar mengenai aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan selatan Kelantan.
Beliau berkata tidak dapat dipastikan sama ada pembalakan itu menepati undang-undang, dibuat secara sindiket atau satu jenayah tanah terancang kerana modus operandinya bukan di tepi jalan raya atau kawasan penempatan penduduk yang boleh dilihat dari jauh.
“Kerajaan negeri sepatutnya tampil menjelaskan kepada rakyat sudah berapa banyak tanah di Kelantan diberi kepada pemaju ataupun syarikat, sama ada dari negeri ini ataupun luar Kelantan.
“Kita nak tahu status konsesi balak ataupun pertanian kelompok yang dijalankan oleh syarikat berkenaan,” katanya.
Antarapos dalam laporannya 31 Dis 2014 mendedahkan rakaman video pengondolan bukit yang dihasilkan oleh aktivis alam sekitar, Muhamad Harris Nasril menggunakan animasi peta Google Earth dengan rakaman video yang pernah dirakamkan OMBAK.
Jika dibandingkan dengan aplikasi Google Maps yang diperbaharui pada 2006 itu, jelas menunjukkan penggodolan bukit-bukau berlaku secara besar-besaran di kawasan tersebut, ujar OMBAK.
OMBAK juga sedia memberi bukti itu kepada kerajaan negeri jika mereka tidak mengetahui aktiviti pembalakan yang terjadi di kawasan berkenaan.
OMBAK, katanya, turut mempunyai maklumat mengenai jumlah sebenar kawasan yang terlibat, namun masih menunggu ketelusan kerajaan negeri untuk mendedahkan sendiri angka itu kepada pengetahuan umum. 

Source : aidc

No comments: