NUFFNANG

Friday 16 January 2015

OOOOHH PATUTLAA DAN ANDA NAK TAHU APA PERTUDUHAN MAJOR ZAIDI DI MAHKAMAH TENTERA? ... RUPA-RUPANYA MEJAR ZAIDI KAWAN PEMIMPIN KERAJAAN DAP P.PINANG

OOOOHH PATUTLAA  DAN ANDA NAK TAHU APA PERTUDUHAN MAJOR ZAIDI DI MAHKAMAH TENTERA? ... RUPA-RUPANYA MEJAR ZAIDI KAWAN PEMIMPIN KERAJAAN DAP P.PINANG

 by Generasi Pejuang Bangsa











Bila TKM 1 P.Pinang nak bantu cari kerja untuk Mejar Zaidi kerana dia kawan baiknya , memang dia sanggup langgar peraturan tentera demi sokongannya terhadap Pakatan Rakyat . 










Walau bagaimanapun  , jawatan NGO ditawarkan nanti sudah tentunya berkait rapat dengan politik kerana ia mendapat recomendation kuat TKM .













Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang baru dipecat daripada berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong, ditawarkan kerja oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.
Mohd Rashid berkata, beliau sedang mencari pekerjaan untuk Zaidi, selepas mahkamah tentera mendapati bekas pegawai tentera itu bersalah, kerana melanggar protokol mengenai isu dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Katanya, buat masa ini beliau memberi tumpuan mencari kerja yang sesuai sama ada di Tikam Batu di Kedah atau Bertam.
“Saya perlu memberi sokongan moral kepada Zaidi dan keluarganya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.
“Dia adalah kawan rapat saya dan kini adalah masa bagi saya untuk membantu rakan yang memerlukan. Kami sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Zaini bekerja dalam organisasi bukan kerajaan (NGO),” jelas Mohd Rashid, lapor The Rakyat Post.
Katanya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor perlu campur tangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada Mejar Zaidi yang kini menganggur.
“Zaidi berpeluang menyumbang secara aktif kepada masyarakat,” katanya sambil menambah, buat masa ini, tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
Mahkamah memecat Zaidi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membabitkan isu dakwat kekal pada PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat lima panel hakim yang diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan dihadapinya.
Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata, tindakan Zaidi mendiamkan diri, ketika dipanggil membela diri, sudah cukup untuk menyabitkannya bersalah.
Pada 27 Oktober lalu, Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri untuk dua pertuduhan itu, selepas mahkamah mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan itu.
source : sejarah melayu

No comments: