NUFFNANG

Wednesday 21 January 2015

[GEMPAQ] ... Cukai #GST Haram? Kata Ustaz

[GEMPAQ] ... 




GST: BILA OSTAD TAK CUKUP NGAJI BUAT FATWA GST HARAM...MASYA ALLAH


Inilah yang selalu terjadi di kebanyakkan dunia Islam bila seseorang yang 
bukan ahli bercakap sesuka hati menfatwakan itu haram ini tak betul 
semuanya salah tanpa lihat pada keseluruhan konteks.

Ada kalangan mereka sesuka hati menfatwakan Islam mengharamkan GST 
atas alasan pada zaman Rasulullah s.a.w tidak ada GST, tidak ada 
cukai barangan dan jualan.

Mereka juga berhujah zaman Rasulullah s.a.w cukai tidak dikenakan ke atas 
umat Islam, yang dikenakan cuma zakat fitrah.

Manakala jizyah atau cukai dikenakan keatas rakyat bukan Islam 
kerana mendapat perlindungan dari kerajaan baginda.

Percukaian zaman selepas Rasulullah s.a.w

Pada zaman kekhalifahan cukai jizyah diperluaskan ke wilayah-wilayah 
Islam yang baru dibuka seperti tanah-tanah Empayar Byzantine dan 
Sassanid milik orang-orang atau rakyat bukan Islam sebagai syarat 
mereka menerima perlindungan dari pemerintahan Islam.

Begitu juga kharaj iaitu cukai atau duti yang dikenakan ke atas rakyat 
bukan Islam diperkenalkan apabila sesebuah negara ditakluk oleh tentera 
Islam samada dalam peperangan atau perjanjian damai sebagai syarat 
mereka tunduk menyerah dan menerima kedaulatan pemerintahan Islam. 

Perluasan kuasa empayar Islam di seluruh dunia menjadikan
sistem kutipan cukai semakin kompleks. Pelbagai bentuk percukaian diperkenalkan antaranya khara
j  http://ms.wikipedia.org/wiki/Kharaj 

Kharaj tidak pun disebut di dalam Al Quran dan Hadis tetapi ia diadakan 
hasil kesepakatan para ulama, pentadbir dan pakar-pakar ekonomi Islam 
dizaman silam.

Di dalam undang-undang syariah, kharaj adalah cukai ke atas 
tanah-tanah pertanian yang dicipta berdasarkan adat dan tradisi 
dalam masyarakat Islam sesuatu tempat atau dikenali sebagai urf.  

Jadi adakah umat Islam melakukan bida'ah dengan mengada-adakan cukai 
yang tidak pernah diadakan zaman Rasulullah s.a.w? 

Hasil-hasil dari kharaj, zakat, sedekah dan sebagainya disimpan, ditadbir 
dan diagih-agihkan secara saksama oleh Baitulmal atau di zaman moden 
ia setaraf dengan Perbendaharaan atau Treasury.

Percukaian di zaman moden

Bila zaman dah moden, maka pelbagai lagi cukai diperkenalkan oleh 
pemerintah sesebuah negara bagi menambah hasil pendapatan 
negara termasuklah GST atau VAT.

Hasil pendapatan percukaian itulah digunakan untuk membayar gaji, 
membina pelbagai prasarana, membeli kelengkapan ketenteraan, 
meningkatkan keselamatan, memberi pampasan setiap kali bencana 
dan sebagainya...

Tapi ada juga di kalangan ilmuan dan agamawan kita nampaknya masih 
lagi kabur kepentingan GST kononnya GST itu haram dan zalim.

Yang manakah dikatakan haram dan zalim itu?

Jika mereka menfatwakan GST haram, maka ia mungkin haram pada 
mereka, haram untuk mereka menikmati walau sedikit pun hasil punca 
atau titisan GST seperti prasarana jalan raya, air, elektrik dan sebagainya 
yang akan dibangunkan melalui wang kutipan GST!

Jika ada pengikut mereka yang percaya dan mengatakan GST itu 
haram mungkinkah wang gaji, upah, semua urus niaga perniagaan yang 
mereka juga terlibat juga menjadi haram dan tak boleh disentuh apatah l
agi dimakan kerana duit cukai GST juga digunakan untuk tujuan-tujuan 
tersebut.

Adakah juga yang dikatakan haram dan zalim itu sepertimana yang mereka 
faham bahawa umat Islam akan dikenakan cukai berganda-ganda?

Kononnya sudahlah zakat kena bayar lepas tu kena bayar GST lagi...

Please jangan jadi jahil murakkab bercakap tanpa ilmu pengetahuan.

Zakat dibayar bila cukup haul dan nisabnya. Cukai pendapatan juga 
dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bila cukup setahun 
tiap-tiap tahun.

Di dalam perundangan Malaysia seseorang yang membayar zakat individu 
boleh memotong pembayaran cukai pendapatan peribadinya.

Begitu juga apabila sesebuah syarikat korporat membayar zakat korporat 
atau zakat perniagaan mereka maka mereka boleh dikecualikan dari 
membayar cukai korporat bila nilainya bersamaan atau lebih dari cukai 
tersebut atau mereka hanya perlu membayar lebihan cukai tahunan 
yang dikenakan. 

Kalau berlebihan bayar cukai pula wang akan dipulangkan semula.

Itulah mekanisme percukaian yang dibuat oleh pihak pemerintah untuk 
kebajikan umat Islam di negara ini. 

Manakala GST pula untuk cukai barangan. Ia dikutip berdasarkan barang 
atau perkhidmatan yang dijual.

GST bukanlah cukai tambahan kepada cukai sedia ada. Jika sebelum ini 
di bawah SST cukai adalah 16% namun di bawah GST ia cuma 6% sahaja. 

Bukankah ia sistem percukaian yang lebih baik dari cukai sebelumnya? 
Lagipun bukan semua barang kena GST.

Syarikat perniagaan yang nilai keuntungan tahunannya kurang dari 
RM500,000 setahun turut dikecualikan dari membayar GST. 

Cukai korporat pula akan diturunkan dari 26% kepada 25%, 24.5% dan 
akhirnya 24% secara berperingkat-peringkat. 

Adakah haram lagi GST itu apabila pemerintah mahu melaksanakan 
satu mekanisme perundangan dan perekonomian yang lebih cekap dan 
dapat membenteras penyelewengan seperti lari dari cukai, mengaut 
untung berlebihan dan sebagainya?

Apehal dunia Islam lain turut laksanakan GST?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapakah 26 buah 
negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic 
Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, 
Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya 
urut melaksanakannya? 

Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% di Iran hingga tertinggi 20%  
di Uzbekistan dan Tajikistan?

Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? 

Adakah selama ini mereka makan duit haram?

Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari 
negara-negara lain yang mengenakan GST. Contohnya di Hungary kadarnya 
27%. 

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara 
dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? 


Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu 
sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?

Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman 
Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam 
dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu 
dijatuhkan ke atas baginda? 

Murtad, terkeluar dari Islam atau sesat...Mungkin itu fatwa yang dikeluarkan 
oleh puak-puak khawarij dan syiah yang sememangnya memusuhi baginda!

GST tak perlu...boleh pinjam bank asing?

Jika tanpa wang kutipan GST dimanakah lagi sumber kewangan kerajaan 
di masa hadapan setelah SST dimansuhkan? Tambahan lagi hasil negara 
kini semakin susut apabila harga minyak semakin turun 
menyebabkan pendapatan negara semakin berkurangan.

Adakah para ostad ini suruh kerajaan meminjam dari negara asing...
kononnya pinjam dari negara-negara Arab-Islam yang tak mengenakan 
sebarang faedah kononnya mereka menolak riba...

Siapa kata, siapa nak bayar gaji staff bank-bank mereka?....Berniaga mesti 
nak untung!

Meminjam dan berhutang dari negara-negara asing banyak mudaratnya 
wahai ostad-ostad kerana ia melemahkan kedaulatan kita. 

Adakah para ostad ini menyuruh kerajaan memaksimakan hasil dalam 
negara untuk menambah pendapatan negara. 

Nak suruh tebang balak berekar-ekar, jual tanah balak, pasir dan air pada 
warga negara asing atau tokey-tokey sepet?

Jika itulah pemikiran singkat ostad-ostad ini nampaknya itulah yang terjadi 
di Kedah yang dahulunya diperintah oleh ostad-ostad yang bukan pakar 
ekonomi. 


Sama seperti yang berlaku di Kelantan akibat gila menarah hutan dan bukit, bila banjir 
besar habis semua kena sapu dek tsunami lumpur dan balak.  

Sepatutnya ostad-ostad ini belajar habis-habis dahulu dari pakar-pakar ekonomi Islam 
yang mempunyai ilmu tentang perekonomian dan percukaian sebelum bercakap.

Di kala negara aman masa inilah hasil percukaian amat penting digunakan untuk 
membina kekuatan ketenteraan sebagai persediaan menjaga keselamatan dari ancaman 
musuh-musuh yang kita tahu atau tidak kita ketahui.

Hasil dari percukaian itulah juga akan digunakan apabila keadaan memerlukan 
seperti menghadapi bencana alam seperti banjir, kemarau, kerosakan tanaman dan 
sebagainya.

Kalau duit negara dah tak ada adakah para Ostad-Ostad ini suruh kita meminta sedekah 
melalui tabung-tabung tin milo dan mengharapkan ihsan dari negara-negara lain? 

Itulah bila tak faham jangan memandai-mandai keluarkan pendapat, belajar dan tanya 
dulu jika tidak nanti keadaan menjadi lebih buruk. Akhirnya kita ditertawakan kerana 
kejahilan kita. 

Syeikh Nuruddin pun dah nafi fitnah ostad PAS...camna tu macai?

http://penembak-tepat.blogspot.com/2015/01/syeikh-nuruddin-al-banjari-nafi-fitnah.html

source : pilihanraya kini

No comments: