NUFFNANG

Monday 19 January 2015

BUAT UMAT MELAYU-ISLAM, AJK MASJID, LEMBAGA ZAKAT, JABATAN KEBAJIKAN, , JABATAN PERDANA MENTERI, TH DAN KERAJAAN MALAYSIA! BACALAH ARTIKEL INI!! ... KAFIRKAH AKU KERANA MENYIARKAN ARTIKEL INI???

BUAT UMAT MELAYU-ISLAM, AJK MASJID, LEMBAGA ZAKAT, JABATAN KEBAJIKAN, , JABATAN PERDANA MENTERI, TH DAN KERAJAAN MALAYSIA! BACALAH ARTIKEL INI!! ... KAFIRKAH AKU KERANA MENYIARKAN ARTIKEL INI???

��RENUNGKAN KISAH INI:

Bukan menyindir, bukan mengata tetapi sebagai bahan renungan buat kita semua. Fikirkan mengapa umat Islam semakin jauh dari Mesjid.

Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. 

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note. 

Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang beberapa minit. Dia beritau Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn si India."

Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. 

Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tetapi ahli qariah ada yg dapur tak berasap! Anak kebuluran. Memang mudah kita kata kerja banyak tapi malas. Apa kata kalau ianya terjadi pada kita.

⚠��Renungkan:

1⃣ kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.

2⃣ kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?

3⃣ tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg btauliah utk kewangan masjid?

4⃣ adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu tlalu umum..sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dlm menjaga kebajikan ahli qariah.

Mengapa kita lebih daif dari bukan islam.

Didoakn semoga dengan adanya masjid² yg aktif dlm menjaga kebajikan ahli qariahnya semoga hati masyarakat lebih dekat dgn masjid yg ada layanan mesra dan cukup memahami keadaan orang islam terkini.

PK: Bukan nak cari salah tapi bila lagi kita nak sedar? Wahai pusat ZAKAT tahukah kamu wang zakat itu mesti dihabiskan pada tahun sama ianya dikutip? Duit zakat takleh diguna untuk buat investment?

Masji2 yang kebanyakan yang dikuasai lebai PAS apa cerita? Takkan duit semua simpan dan hanya bayar bile api air saja? Bukan patut ada tabung khas bantu orang susah di sekitar kariah? 

Aku nak sangat kalau2 ada orang masjid dan orang jaga zakat ke baitulmal ke masuk sini dan komen. Aku nak sembang dengan korang. Pembaca budiman yang aku hormati sampaikan pada mereka yang patut! Tq

Source : pk

No comments: