NUFFNANG

Thursday 15 January 2015

ADAKAH NAJIB AKAN BACA ARTIKEL INI? ... SELAIN LASKAR SIBER HINGUSAN NAJIB JUGA DI KELILINGI PERSONALITI BERPENYAKIT.

ADAKAH NAJIB AKAN BACA ARTIKEL INI? ... SELAIN LASKAR SIBER HINGUSAN NAJIB JUGA DI KELILINGI PERSONALITI BERPENYAKIT.



Pertembungan siber di antara kumpulan Laskar Siber Najib dan wartawan Kadir Jasin nampaknya semakin tegang. Kadir melabelkan kumpulan laskar siber Najib sebagai kumpulan “LASKAR SIBER HINGUSAN” manakala beliau dan Daim pula kumpulan “SEKARUNG GARAM”.

Semua pengundi tahu khasnya pengamal media sosial sedia maklum bahawa KUMPULAN HINGUSAN yang menembak melulu tanpa waras itu bekerja di bawah upahan. Mereka sedang berdepan dengan ancaman bom jangka yang dilontar Kadir Jasin. 
Kata Kadir “Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.”

Kalau dalam bahasa penjajah “You Squeeze My Juice I’ll Squeeze Yours”.  Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO.

Rupa-rupanya Najib yang kita lihat suci dan bersih kini juga ada menggendong liabilities atau juicy materials dalam sarung beliau . Cuma kita tidak tahu sejauh manajuicy nya juice Najib kalau dibandingkan dengan juiceAnwar Ibrahim, juice Mat Sabu dan  juice Mustapha Ali.

Apa pun gertak Kadir ini telah menyemai satu benih persepsi hitam di dalam minda pengundi bahawa rupa-rupanya Najib yang kami pilih juga tidak bersih. 
Hakikatnya Najib semakin hari semakin banyak ‘carried forward liabilities’ dengan persepsi negatif. Yang sedia ada tak tertanggung kini dicampur lagi dengan isu baru. Beza nya yang ini lebih menakutkan kerana ia tidak datang dari pembangkang tetapi dari orang dalam parti sendiri. Ini bisa membuat Najib pitam di atas ribaan DS Rosmah.

Selain dari Laskar Siber Hingusan, Najib harus sedar sejak dari mula beliau mengambil alih jawatan PM sehingga hari ini terlalu ramai personaliti yang berpenyakit dikaitkan dengan peribadi beliau dan isteri beliau. 

Ia bermula dengan 
  1. Abdul Razak Baginda (kes pembunuhan Altantuya), 
  2. Daniyar Nazarbayev (menantu Najib di Universiti Colombia), 
  3. Riza Aziz (anak tiri Najib berhubung isu pembelian RM110 juta Penthouse di  New York dan pembiayaan $100juta filem Wolf of Wall Street,), 
  4. Deepak Jaikishan (pembekal karpet), 
  5. Nazifuddin Najib (penguasaan saham Harvest Court Industries Bhd). 
Manakala semua ini merupakan isu peribadi beliau dan isteri beliau bukannya isu parti.

Ramai yang berpendapat yang sebenarnya kumpulan siber hingusan Najib ini sedang menjolok sarang tebuan cuma tebuannya saja yang belum keluar. 

No comments: