NUFFNANG

Tuesday 6 January 2015

Banjir: Nik Abduh, MP pembangkang pertama ucap terima kasih pada kerajaan

Banjir: Nik Abduh, MP pembangkang pertama ucap terima kasih pada kerajaan

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjadi ahli parlimen pembangkang pertama mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana membantu rakyat Kelantan yang menghadapi bencana banjir.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, beliau berharap rakyat negeri itu akan segera bangkit selepas berhadapan dengan musibah berkenaan.
“Buat semua sukarelawan semasa dan pasca banjir, buat semua dermawan yang mencurah-curah menderma, buat seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk Kelantan, saya rakamkan ucapan terima kasih, berjuta-juta terima kasih.
“Sekali lagi, terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih kerajaan Malaysia. Terima kasih kerajaan Kelantan dan terima kasih rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di facebook pada Isnin.
Nik Mohamad Abduh berkata, beliau berharap supaya musibah itu menjadi pengajaran kepada semua baik kerana Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar.
Sejak banjir melanda Kelantan hujung Disember lalu, hanya pemimpin kerajaan negeri sahaja yang 'berkomunikasi secara intensif' dengan kerajaan Pusat untuk menyelaras berbagai bantuan.
Ahli-ahli Parlimen PAS 'hilang' dalam riuh pikuk gelombang banjir yang teruk melanda negeri itu terutamanya di Kuala Krai.
Kerajaan Malaysia melalui berbagai kementerian menghulurkan sepenuhnya bantuan sepanjang musibah di Kelantan dan negeri-negeri yang dilanda banjir.
Selain itu, dari luar kerajaan, UMNO parti Melayu terbesar menggerakkan ratusan ribu ahlinya untuk membantu kerja-kerja pemulihan pasca banjir.

Source : agendadaily

No comments: