NUFFNANG

Friday 9 January 2015

RAFIZI PENING " APA AKU CAKAP NE ? "

RAFIZI PENING " APA AKU CAKAP NE ? "



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli disoal adakah beliau memperjuangkan rakyat atau bersama peniaga petrol.

Pertanyaan itu dibuat oleh Ketua Biro Hak Asasi dan Undang-Undang Gerakan, Baljit Singh merujuk kepada kenyataan Rafizi yang mendakwa bahawa mekanisme penetapan harga petrol yang digunakan kerajaan hari ini tidak adil kepada peniaga.

“Jika harga minyak naik, rakyat akan menderita.

“Yang mana satu dia lebih suka? Rakyat hilang wang atau kedai minyak buat duit?”,katanya dilaporMalaysiakini.

Baljit berkata, orang awam sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang, walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih belum dilaksanakan.

“Perkara ini berlaku kerana kebanyakan peniaga tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pertanyaan sama turut dilontarkan oleh facebooker R Ed Mikael yang membangkitkan kenyataan Rafizi seperti itu bermakna beliau lebih suka harga petrol dinaikkan supaya menguntungkan peniaga.




No comments: