NUFFNANG

Saturday 10 January 2015

KERAJAAN NAJIB MESTI BERANI KUATKUASA AKTA HASUTAN? ... JAKIM BUAT LAPORAN POLIS & SKMM TERHADAP KECELUPARAN KURANG AJAR ERIC PAULSEN !!

KERAJAAN NAJIB MESTI BERANI KUATKUASA AKTA HASUTAN? ... JAKIM BUAT LAPORAN POLIS & SKMM TERHADAP KECELUPARAN KURANG AJAR ERIC PAULSEN !!

Kebangangan kenyataan Eric Paulsen, dariLawyers For Liberty yang menghina JAKIM dan membuat fitnah kononnya JAKIM mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat telah dibidas oleh rakyat.

Sikap biadap peguam ini sangat memualkan dan sangat kurang ajar. Beliau ini benar-benar mahu menguji kesabaran umat Islam di negara ini dengan kebangangan beliau sendiri.

Di bawah adalah kenyataan Menteri DS Jamil Khir Baharom :
Khutbah Jumaat tidak pernah sama sekali menggalakkan ekstremisme atau keganasan dalam sebarang bentuk seperti yang didakwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
Sebaliknya beliau berkata khutbah merupakan rukun dalam solat Jumaat yang disampaikan secara lisan dan berunsur pendidikan untuk memberi nasihat keagamaan, menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan. 
"Ia juga menyampaikan dasar-dasar negara dan isu-isu semasa hanya sesama orang Islam. Adakah peringatan sesama umat Islam ini wajar dikatakan ekstrem?" katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Menurutnya menjadi peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menerbitkan teks khutbah Jumaat dan menyelaras aktiviti di atas mimbar sebagaimana pentadbiran tempat ibadat agama lain yang mempunyai aktiviti dan pentadbiran tersendiri. 
Sehubungan itu beliau berkata tuduhan Jakim sebagai badan yang mempromosi atau menggalakkan ekstremisme semasa khutbah Jumaat merupakan perlakuan tidak bertanggungjawab dan amat serius. 
"Tuduhan individu berkenaan bersifat provokasi kepada keharmonian antara agama yang dinikmati selama ini. 
 
"Kenyataan beliau boleh disalah tafsir secara mudah bahawa ia merujuk kepada khutbah Jumaat," kata Jamil Khir mengenai kenyataan individu berkenaan yang dimuatkan dalam Twitternya. 
Memandangkan kenyataan individu itu yang sengaja mencetuskan sensitiviti kepada umat Islam, beliau meminta Jakim membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan sewajarnya. 
"Saya mengingatkan orang ramai supaya berhenti daripada terlibat mencipta atau menyebarkan sebarang bentuk maklumat yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat," katanya. – Bernama, 10 Januari, 2015.
Eric Paulsen tidak boleh terlepas begitu sahaja. Kebiadapan beliau tidak boleh hanya dengan meminta maaf sahaja. Pihak berkuasa perlu meneliti isu ini dengan adil.

Ironinya, jika ada pihak yang menyentuh agama lain, mereka ini dipanggil ekstremisme. Bagaimana pula dengan peguam mulut celupar ini?

Dalam masa yang sama, tiada gunanya untuk kita menggesa Lawyers For Liberty untuk memecat dan membuang peguam mulut celupar ini. 

Anda sendiri sudah tahu jawapannya….
Source : dr mim

No comments: