NUFFNANG

Tuesday 20 January 2015

[ANWAR KANTOI DAN DIKANTOIKAN LAGI] ... PENGAKUAN DALAM MAHKAMAH! GUAN ENG DAP KANTOIKAN ANWAR?

[ANWAR KANTOI DAN DIKANTOIKAN LAGI] ... PENGAKUAN DALAM MAHKAMAH! GUAN ENG DAP KANTOIKAN ANWAR?

Rupa-rupanya, kes saman Lim Guan Eng DAP di Mahkamah Tinggi hari ini menjadi sangat menarik apabila anak Lim Kit Siang DAP itu membuat satu pengakuan yang mengejutkan. 
Anda baca : 
Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi di George Town hari ini beliau tidak tahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berikrar untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala. 
"Saya tidak sedar mengenainya," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP semasa disoal peguam Baljit Singh yang mewakili defendan pertama Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) Jimmy Lim Cheok Siang. 
Lim berkata beliau tidak tahu sebelum pilihan raya umum 2008, Anwar membuat ikrar itu kepada penduduk kampung berkenaan. 
Kepada satu lagi soalan Baljit Singh sama ada Adun Seri Delima RSN Rayer dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy menjanjikan penduduk Kampung Buah Pala mereka boleh tinggal di kawasan itu buat selama-lamanya, Lim juga menjawab "saya tidak sedar mengenainya".seterusnya
Pengakuan Lim Guan Eng DAP di dalam Mahkamah itu sudah pasti kontra dengan janji Anwar Ibrahim semasa melawat Kampung Buah Pala pada 2009.

Kita tonton kembali janji-janji Anwar Ibrahim itu. Di antaranya :
“Tapi you… you percaya sama saya. Siapa Ketua Menteri kita punya geng. DAP dengan Keadilan kita punya geng. Dua minggu sudah menang.. dua minggu, mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil mesti datang sini bagi sign. 
Betul saya cakap. You better make sure, remind this aaa.. Two week after we win. Anytime, very soon. Kalau dia tak buat kerja, ini bukan Anwar”.  
Lihat video di bawah : 

Video 'janji Anwar Ibrahim' ini sangat hangat di dalam you tube pada ketika ianya diloadkan dan mempunyai pelbagai versi dan sebagainya. Tetapi Lim Guan Eng DAP 'tidak tahu'.

Ironinya, Anwar Ibrahim berkata Ketua Menteri atau wakilnya akan datang ke Kampung Buah Pala. Logiknya, jika benarlah kata-kata Ketua Pembangkang itu, Lim Guan Eng DAP sudah pasti tahu janji Anwar Ibrahim. 

Tetapi Lim Guan Eng DAP pula berkata 'tidak tahu Anwar pernah berikrar untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala'.

Apakah ianya bermaksud bahawa Anwar telah menipu penduduk Kampung Buah Pala dengan tidak memberitahu Lim Guan Eng DAP tentang 'janji' beliau itu kerana Guan Eng DAP 'tidak tahu'?

So how?

source : dr mimnow?

No comments: