NUFFNANG

Monday 12 January 2015

BONGKAR DAN PANASS !! ...TAUKE BALAK BAKAL DIHERET UNDANG2, MENTERI ADA BUKTI PEMBALAKAN HARAM DI KELANTAN

BONGKAR DAN PANASS !! ...TAUKE BALAK BAKAL DIHERET UNDANG2, MENTERI ADA BUKTI PEMBALAKAN HARAM DI KELANTAN


by Generasi Pejuang Bangsa



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di Gua Musang, iaitu antara penyebab banjir besar melanda Kelantan, baru-baru ini.
Beliau mendakwa penerokaan haram itu membabitkan kawasan hitam yang tidak terusik sejak zaman darurat tetapi diteroka pihak tertentu sejak sekian lama.
"Saya mempunyai bukti kukuh mereka ini diberi Lesen Pendudukan Sementara untuk meneroka tetapi meneroka sehingga melampaui kawasan yang diberi kebenaran. Saya juga ada maklumat siapa yang melakukan kerja-kerja ini.
"Mereka ini antaranya tauke-tauke besar dari negara jiran. Saya harap ada undang-undang untuk mengheret mereka ke muka pengadilan," kata Shahidan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca banjir bersama agensi-agensi kerajaan negeri di Kangar.
Beliau mencadangkan setiap jalan masuk ke kawasan hutan dipasang besi penghalang dan penceroboh ditangkap serta dikenakan tindakan sewajarnya manakala pembalak disyaratkan menanam tiga batang pokok bagi setiap batang balak yang ditebang.
Shahidan berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan untuk melantik Orang Asli sebagai Renjer sukarela.
"Tindakan ini mungkin dapat mengawal pencerobohan kerana bilangan yang meneroka secara haram adalah ramai dan telah lama berlaku namun tiada tindakan diambil terhadap mereka," katanya.
Beliau berkata kerajaan pusat telah membincangkan dengan kerajaan Kelantan isu pembalakan dan penerokaan tanah secara haram ke arah meredakan masalah banjir di negeri tersebut.
Mengenai banjir di Perlis, Shahidan berkata taksiran awal kerugian petani membabitkan sawah padi seluas 2,335 hektar adalah kira-kira RM2 juta dan telah dihantar kepada kementerian berkenaan untuk mendapatkan bantuan.
"Saya berpuas hati dengan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan kira-kira 1,000 orang sukarelawan di Perlis membantu 445 keluarga mangsa banjir bulan lepas namun persediaan harus dibuat untuk meningkatkan keupayaan mengendalikan sehingga 20,000 mangsa banjir," katanya.

No comments: