NUFFNANG

Wednesday 28 January 2015

[BERHATI-HATI DENGAN PERMAINAN LICIK DAP (ADIK PAP) INI] ... Ini Sebagai Pedoman Untuk Orang Melayu kita Hari Ini....

[BERHATI-HATI DENGAN PERMAINAN LICIK DAP (ADIK PAP) INI] ... Ini Sebagai Pedoman Untuk Orang Melayu kita Hari Ini....

Biodata Tun Yusof Ishak

Beliau adalah Yang di-Pertuan Negara Singapura ke-2 dan terakhir serta Presiden Singapura yang pertama

Beliau dilahirkan di Padang Gajah, Trong, lebih kurang 18 batu dari Bandar Taiping, Perak Darul Ridzuan, Bapanya, seorang keturunan Kedah, dan ibunya dari Langkat. Mereka berhijrah ke Pulau Pinang dan setelah itu ke Perak, Malaysia.

Latar belakang

Tun Yusof adalah anak sulung di dalam keluarga yang terdiri daripada 9 orang. Bapanya, Encik Ishak bin Ahmad, merupakan Pemangku Pengarah Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Tun Yusof menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Kuala Kurau, Perak. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan ke Malay School di Taiping dan pada 1921, memulakan pengajian dalam aliran bahasa Inggeris di Sekolah King Edward VII, Taiping.

Pendidikan

Pada 1923, bapanya telah berhijrah ke Singapura. Tun Yusof mengikuti keluarganya dan melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School sehingga Disember 1923.

Pada 1924, beliau menuntut di Institusi Raffles dan lulus Sijil Sekolah Cambridge (Cambridge School Certificate) pada 1927 dengan kepujian. Beliau kemudian diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam kelas Queen's Scholarship.

Semasa di sekolah, beliau amat cenderung dalam bidang sukan. Di Institusi Raffles, beliau giat dalam sukan hoki, kriket, angkat berat dan tinju. Pada 1933 beliau menjadi juara tinju dalam kelas lightweight. Sebagai anggota Kor Kadet Sekolah beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Kedua dan menjadi pelajar tempatan pertama yang menyandang jawatan tersebut. Beliau juga merupakan ketua murid dan penyunting bersama majalah sekolah Rafflesian.

Kerjaya kewartawanan

Setelah meninggalkan sekolah pada 1929, beliau bersama dua rakannya telah menerbitkan majalah bertajuk "Sportsman", sebuah majalah keluaran dua minggu yang membawa berita sukan. Pada 1932, beliau menganggotai syarikat 'Warta Malaya', sebuah akhbar Melayu yang terkemuka pada masa itu. Kebolehan kewartawanannya membolehkan beliau naik ke jawatan Pembantu Pengurus dan Pemangku Penyunting dalam masa yang singkat. Pada 1938, beliau meletak jawatan dari 'Warta Malaya' dan bersama beberapa rakan yang lain, telah menubuhkan syarikat 'Utusan Melayu Press Ltd'. Edisi pertama Utusan Melayu dikeluarkan pada Mei 1939 dengan Encik Yusof sebagai pengarah pertama syarikat tersebut.

Sewaktu Pendudukan Jepun (1942-1945) Tun Yusof berada di Malaya. Apabila Jepun menyerah kalah, beliau kembali ke Singapura pada 3 September 1945 dan menyambung semula pencetakan Utusan Melayu.

Pada 1948 Tun Yusof melawat Britain sebagai anggota delagasi First Press Delegation. Pada awal tahun 1957, beliau telah ke Jepun untuk memeriksa alat jentera terkini yang ditempah oleh 'Utusan Melayu'. Pada Mei di tahun yang sama, beliau telah keKuala Lumpur untuk menyelia pembinaan Bangunan Utusan. Semasa di Kuala Lumpur, Tun Yusof dilantik sebagai PresidenPress Club of Malaya.

Perlantikan awam

Tun Yusof memegang beberapa jawatan penting dalam pemerintah Singapura. Dari 1948 ke 1950, beliau berkhidmat dalam Jawatankuasa Permohonan Filem (Film Appeal Committee). Beliau telah menjadi anggota Nature Reserves Committeeselama setahun dan juga Malayan Organisation Commission. Pada Julai 1959, beliau dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Pada 3 Julai 1965, Tun Yusof dijadikan Canselor UNIVERSITI Nasional Singapura.

Tun Yusof dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura pada 3 Disember 1959, menjadikan beliau orang tempatan pertama memegang jawatan tersebut. Sebagai ketua negara Singapura, beliau bersama isteri, Toh Puan Noor Aishah, telah melakukan lawatan rasmi yang pertama ke Kemboja pada April 1963. Pada bulan yang sama, mereka berdua telah ke kota suci Mekah untuk melaksanakan ibadah haji dan disambut sebagai tetamu negara kerajaan Arab Saudi. Sebuah lawatan rasmi juga telah dilakukan ke Ceylon (kini Sri Lanka) pada Mei 1963.

Kemerdekaan Singapura

Pada 9 Ogos 1965, apabila Singapura berpisah dari Malaysia dan menjadi negara yang berdaulat, Tun Yusof dilantik sebagai Presiden yang pertama Republik Singapura. Beliau memegang jawatan ini untuk satu penggal lagi selama empat tahun bermula 4 Disember 1967.

Kematian

Presiden Tun Yusof Ishak meninggal dunia pada 23 November 1970 di Singapura dan disemadikan di Perkuburan Negara Kranji, Republik Singapura.

Anugerah

Tun Yusof dianugerahkan oleh Sultan Brunei pada November 1960 danSeri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada November, 1963.

Pada 17 Ogos 2014, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan tiga penghormatan khas kepada bekas presiden pertama republik itu. Sebuah masjid baru di Woodlands akan dinamakan sempena nama beliau. Selain itu, Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) dinamakan semula sebagai ISEAS Institut Yusof Ishak. Kerusi Profesor Yusof Ishak dalam Sains Sosial di UNIVERSITI Nasional Singapura akan diwujudkan. Langkah-langkah pengiktirafan ini diumumkan semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan Singapura yang ke-49. Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam negara itu DrYaacob Ibrahim ditugaskan untuk merealisasikannya

Al-fatihah 

No comments: