NUFFNANG

Friday 16 January 2015

PESERTA MLM 2015? ... Menteri Shabery Cheek Boleh Senyap Sekejap Tak..!

PESERTA MLM 2015? ... Menteri Shabery Cheek Boleh Senyap Sekejap Tak..!


Masaalah hari ini ialah semua orang nak bercakap, boleh bercakap dan asyik bercakap..! Bercakap bukan kerana mahu menyampaikan sesuatu tetapi lebih kepada suka bercakap cakap..!

Dalam isu komunis bangsat si paul tu biarlah Mahkamah memutuskan..! pihak polis sudah membuat siasatan, akan disusuli dengan pendakwaan dan kemudian pasti Mahkamah akan membuat keputusan..! 

Shabby Cheek tak payah gundah gulana, tak payah menyembur nyembur air liur untuk mencadangkan debat..! 

Komunis bangsat ni dah la biadap dengan agama dan umat Islam..! Menteri kita pulak terhegeh hegeh nak bagi dia liputan dan populariti serta peluang menegakkan benang basah..! Nak buat apa???

Lagi pun Shabery lupa ke yang Najib tak suka bab debat debat ni..! karang Najib jeling tak tentu pasal meleleh lagi air liur..! 

Baik diam, senyap dan buat kerja sendiri..! kerja banjir hari tu pun banyak tak selesai lagi..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Debat: Selesaikan Dahulu Kes Eric Paulsen Di Mahkamah - Jakim


Othman Mustapha
PETALING JAYA: Kes membabitkan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen perlu diselesaikan di mahkamah sebelum membuat cadangan untuk berdebat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di televisyen.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, kes Paulsen ketika ini masih dalam siasatan polis.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya kes peguam berkenaan diselesaikan dahulu di mahkamah.
"Kes Eric sedang dalam siasatan polis, soal debat ini bukan soal isu, bukan soal pokok.
"Selesai dahulu kes dia di mahkamah. Dia tak boleh mengelak daripada siasatan ini dan beralih kepada usaha untuk mempertahankan diri melalui debat pula," katanya kepada mStar Online pada Khamis.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Khamis berkata, kerajaan membuka peluang kepada peguam itu  untuk berdebat dengan Jakim di televisyen berhubung kenyataannya di Twitter mendakwa jabatan itu mempromosi ekstremisme.
Ahmad Shabery menganggap ruang tersebut perlu kerana lelaki itu bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu supaya masyarakat lebih jelas dan dapat membuat penilaian.
Paulsen menerusi catatan di laman Twitter pada Jumaat lepas: "Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia".
Dia ditahan polis di Brickfields pada Isnin lalu, dilepaskan selepas ditahan reman dua hari.
Kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

No comments: