NUFFNANG

Monday 19 January 2015

PUNAHSIHAT NAJIB BAWA REBAH KEPADA BELIAU! ... HANTU RAYA suruh serang Tun M walaupun Tun M-Najib kerap jumpa

PUNAHSIHAT NAJIB BAWA REBAH KEPADA BELIAU! ... HANTU RAYA suruh serang Tun M walaupun Tun M-Najib  kerap jumpa











Bila Zamil Ibrahim KITA, seorang yg pernah berada dalam pembangkang dan kemudian sedia bersama menyertai parti Dato Zaid Ibrahim lalu kini menjadi Presiden menyerang Tun M, ada sesuatu tidak kena.
Sekali pandang, tak kena seorang pembangkang serang Tun M dengan tuduhan dia pembangkang. Macam orang tak ada cermin di rumah.

Maka mesti dia berkata sesuatu yang sumbang atas arahan seorang yang kurang cerdik dan strategik tapi perangai msin sondol macam lembu dari India yang halal dimakan jika disembelih orang Islam.

Memanglah tidak kena sebarang isu yang lahir dari Zami yang sudah lumrah dilihat menyanyi satu korus dengan personaliti kurang bermutu dan integriti seperti Azwandin JMM, Rani Kulop dan mungkin sekali Ramesh Rao, tapi sentiasa dapat liputan media yang diterajui Dato Jalil NSTP, Dato Aziz Utusan dan Dato Asyraf TV3.

Azwandin tu hanya budak kedai jual buku yang ngaku ada Master GPA 3.8 dari Kanada tapi tak boleh jawab soalan dalam PC hingga sering TV3 terpaksa guna voiceover untuk menutup suara kebudsk2an Azwandin.

Serangan Zamil terhadap Tun M dari arahan seseorang TIDAK KENA sebab Dato Najib sangat menghormati Tun Dr Mahathir dan menerima baik teguran-teguran yang diberi.

Cuma nak dipenuhi semua susah dan kadang kala Penasihat dalaman yg ada agenda masing-masing tidak membantu membolehkan atau disabo cadangan Tun M.

Namun begitu banyak juga cadangan Tun M yang dilakukan oleh Najib hingga ada blogger yang merungut dan kurang setuju Najib melayani kehendak Tun M bila pulang dari oversea.

Sumber tertentu mengatakan Najib tidak ada langsung membincang untuk menjawab balik malah jauh sekali balas balik teguran yang dilakukan terhadap Tun M dan Tun Daim.

Bukan setakat itu saja, Dato Najib kerap bertemu dengan Tun M untuk menjelaskan isu-isu dan mendengar cadangan beliau.

Samada benar atau tidak, Dato Kadir Jasin ada kata Najib terus menalipon Tun Daim sebaik mendarat di Kota Baru sepulangan dari Honalulu.

Malah ada cadangan Tun M yang Najib sedia turuti.

Sumber tertentu mengatakan Najib sedia datang untuk bertemu Tun M dirumahnya.

Nak kata Dato Tengku Sharifuddin arahkan akhbar untik serang amat tidak lojik. Baru-baru ini Tengku pun diserang oleh sebuah blog bernama Gelagat Anwar sebagai lembab.

Lagi pun, caranya bukan cara Tengku melakukan tindakan yang tak profesyenal dan terburu2.

Mungkinkah serangan terhadap Tengku adalah untuk menekan dan memaksa dia supaya bertindak lebih aggresif termasuk serang Tun M?

Jika bukan Tengku, kesediaan media untik laporkan Zamil mesti ada tangan seekor Hantu Raya.

Siapa Hantu Raya yang berpengaruh ini?

source : the unspinners

No comments: