NUFFNANG

Monday 5 January 2015

ARTIKEL MESTI DIBACA OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA ! ... MEMALUKAN ! PEMIMPIN DAP KANTOI TUNJUK PANDAI !!

ARTIKEL MESTI DIBACA OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA ! ... MEMALUKAN ! PEMIMPIN DAP KANTOI TUNJUK PANDAI !!

Meluat pula bila membaca kenyataan mamat DAP Zairil, Penolong Setiausaha Publisiti DAP yang disiarkan di dalam portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider.
DAP menyifatkan pihak yang mendakwa desentralisasi bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan merupakan golongan terdesak dan jahil terhadap undang-undang tertinggi negara ini. 
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari berkata desentralisasi termaktub dalam Perlembagaan dan Parlimen boleh memberikan kuasa kepada pihak berkuasa negeri bagi perkara di bawah bidang kuasa Persekutuan. 
"Saya tidak hairan dengan pendirian Utusan Malaysia, kerana desentralisasi sudah tentu akan mengurangkan kuasa tuan mereka, yakni parti pemerintah kerajaan persekutuan. 
“Bagaimanapun, sebelum melabelkan cadangan saya sebagai menghasut atau menggugat Perlembagaan, mereka sepatutnya terlebih dahulu memahami undang-undang tertinggi negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.seterusnya
Main sedap mulut sahaja apabila mamat DAP ini menuduh pihak lain supaya 'lebih dahulu memahami undang-undang tertinggi negara kita'.

Padahal, beliaulah yang sepatutnya lebih dahulu faham dan mengakui perlembagaan negara kita. Zairil menyalahkan pihak lain tetapi MiM percaya beliau sendiri tidak arif dengan dasar parti DAP yang sangat mengejutkan dan melanggar dasar Perlembagaan negara kita?

Isu ini telah menjadi viral di alam maya ini tapi pihak DAP buat bodoh tidak menjawab isu besar ini. Anda baca printscreen di bawah : 





Dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan :

Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik

dan
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'
Bukankah terdapat beberapa Perkara termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikai oleh dasar parti DAP itu?

Perkara 89


Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rezab orang melayu sebelum sahaja hari merdeka mengikut undang-un dang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya di peruntukkan oleh badan perundangan negeri itu dengan suatu Enakmen 


Perkara 90 


Peruntukan khas mengenai tanah adat di negeri Sembilan dan Melaka dan tanah pegangan orang melayu di Terengganu.


Perkara 153 


Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.


(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. 

sumber :http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/Perlembagaan%20Persekutuan-Ma.Html

Persoalan besar sekarang :

1. Bukankah dasar parti DAP itu telah menghina Perlembagaan Malaysia?
2. Apakah parti DAP telah menghina keluhuran Perlembagaan yang termaktub dalam Rukun Negara yang tercinta ini?


Yang hairannya ialah kenapa isu ini tidak diperbesarkan agar rakyat menilai sendiri dasar parti DAP ini. Realitinya, ia merupakan satu isu yang sangat besar dan wajib dijawab oleh kepimpinan DAP iaitu Lim Kit Siang, kroni tegar beliau, Lim Guan Eng dan Zairil sendiri.

No comments: