Sebaliknya, tegas mantan Perdana Menteri itu, dalam banyak perkara khususnya berkaitan usaha mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu yang cuba diganggu-gugat bukan Melayu, beliau menyokong pandangan serta tindakan Perkasa.

“Saya perlu menyatakan bahawa tidak ada asas untuk saya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana sejak dari mula lagi, saya tidak terikat secara rasmi dengan mereka. Bagaimanapun, saya akui saya menyokong pandangan mereka.

“Terutama ketika memberi tindak balas terhadap pandangan ekstremis daripada golongan-golongan bukan Melayu,” kata Dr. Mahathir menerusi laman blognya, chedet.cc, sebagai menjawab laporan tidak berasas The Malaysian Insider hari ini.

Semalam, portal propembangkang itu yang memetik sumber melaporkan kononnya Dr. Mahathir ‘berpisah’ dengan Perkasa selepas beliau didakwa tidak lagi selesa dengan haluan diambil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
Dr. Mahathir dalam pada itu berkata, pandangan ekstremis dalam kalangan bukan Melayu yang begitu galak mempersoal hak dan keistimewaan orang Melayu kini semakin bertambah sejak 200
Katanya, suasana politik itulah yang mendorong sehingga lahirnya Perkasa dengan matlamat mahu mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Tambah Dr. Mahathir lagi, semasa zaman pemerintahannya, NGO seperti Perkasa tidak wujud tetapi mengakui, jika Perkasa wujud pada ketika itu, mungkin terdapat beberapa idea mahu pun pandangannya beliau yang sama dengan pertubuhan tersebut.

Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, ketika dihubungi menyelar laporan The Malaysian Insider yang disifatkannya sebagai