NUFFNANG

Wednesday 15 January 2014

STRATEGI MEMURTADKAN UMAT MELAYU-ISLAM : Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian

Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian

A. Karim Omar - “Islam, Once a Hopeless Frontier, Now? Comprehensive Contextualization“, begitulah tajuk sebuat artikel di dalam International Journal of Mission Frontier. Bermakna strategi pemurtadan Kristian dengan mengguna kaedah kontekstualisasi ini diperakui oleh para evangelis sebagai senjata mereka yang paling berkesan.
Mereka memperakui bahawa sebelum ini betapa sukarnya untuk memurtadkan orang-orang Islam supaya menerima kesesatan ajaran Kristian. Mereka turut memperakui bahawa bangsa Melayu adalah di antara yang paling sukar untuk dimurtadkan. Ini disebut dalam sebuah kajian di University of Chicago pada tahun 1928:
The Malays of the Malay Peninsula make the boast that no one of their number has ever become a Christian. This statement though not absolutely true, is so near the truth that it shows the real problem involved in any attempt to Christianize these people.”
Begitulah hebatnya umat kita … suatu masa dahulu. Mengapakah kini begitu mudah tergugat aqidah umat Islam? Inilah di antara kejayaan strategi yang dibanggakan oleh puak-puak gereja.
Strategi kontekstualisasi berdasarkan tipu helah semata-mata. Ianya cuba mengubah serta menyesuaikan ajaran Kristian itu supaya ianya dilihat dari konteks mangsa murtad seolah-olah kesesatan agama baru ini sama sahaja dengan agama yang sedang mereka anuti.

Segala pembuktian adalah dari dokumen evangelis Kristian sendiri … bukan reka-reka!
Saya petik di sini satu lagi tulisan dari majalah mereka sendiri, bahawa strategi mereka ialah:
















” … uses the terms and forms from their Muslimcommunity, not something from other religious communities”
Maknanya di sini, penipuan jahat evangelis Kristian ialah mengguna istilah-istilah dancara-bentuk dari masyarakat kita sendiri dan tidak mahu mereka datang mendakyah orang-orang kita dengan mengguna istilah-istilah yang asing bagi masyarakat Islam.
Contoh? (tak percaya lagi?)
Tuntutan penggunaan kalimah Allah adalah contoh terbaik “contextualization strategy in action“. [sebelum ini saya telah pun menulis berhubung perkara ini - Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar] Yang mereka sibuk-sibuk sangat hendak guna kalimah Allah itu sebenarnya adalah kerana hendak mengelirukan umat Islam (terutama untuk orang Melayu kita di nusantara ini). Ini tercatat juga dalam majalah mereka sendiri:
“My opinion is that using Allah in Indonesia (termasuklah Malaysia kita …) is strategic, if the point is to have people understand who Christ is. … The negative impact of not using it is that it would make it harder for a Muslim to pick up a Bible.”

sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan kalimah Allah dalam Bible adalah untuk menipu orang-orang Islam
Bermakna, jika Bible mempunyai istilah-istilah yang asing yang umat Islam tidak biasa dengannya maka kita sudah pasti mudah menolak kesesatan yang dibawa oleh ajaran penghuni neraka ini. Dan ini disebut lagi dalam satu lagi tulisan dari majalah mereka juga.
“Muslims readingScripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to theirculture
Malah artikel menyambung lagi bahawa orang-orang Islam akan terbuka dan mudah didakyahkan selepas “halangan” istilah ini dapat dihapuskan.
Kontekstualisasi ini bukan hanya terhad kepada kalimah Allah sahaja. Mereka cuba sedaya boleh untuk mengguna pelbagai lagi istilah-istilah yang lazim digunakan oleh orang-orang kita. Sebab itulah istilah-istilah tersebut telah pun dilarang penggunaannya dalam ajaran agama bukan Islam dalam enakmen-enakmen di kebanyakan negeri. (seperti mana yang berlaku dalam kes tindakan JAIS terhadap Persatuan Bible Malaysia - baca di sini analogi mudah untuk faham kes tersebut)
Dilaporkan juga di sebuah pusat latihan untuk para paderi Kristian di Jakarta, para pelajar mereka telah pun dilatih dengan mahasiswanya memakai kopiah dan mahasiswinya memakai jilbab. Dan mereka ini diajar memahami Bible dalam bahasa Arab (serta membacanya dengan gaya taranum bacaan Al-Quran!)

Apabila kita bongkar kejahatan dan penipuan strategi mereka, kita bukan omong-omong kosong. Kita bongkarkan dari penulisan mereka sendiri.
Kontekstualisasi yang mereka lakukan berbeza-beza mengikut adat dan kebudayaan setempat. Begitu jugalah dengan nama-nama Tuhan yang mereka gunakan. Kalau di Malaysia ini mereka berhujah bahawa nama Allah digunakan oleh orang-orang Kristian berkurun lamanya, bagaimana pula apabila untuk orang-orang Hindu mereka menuntut pula penggunaan nama Tuhan orang Hindu – Iswar (atau Iswara). Apakah nama Tuhan mereka ini boleh tukar-tukar atau Tuhan mereka tidak bernama?
Malah mereka sanggup meniru cara peribadatan Islam seperti solat. Mereka akan lakukan sama macam pergerakan dalam solat kita. Say petik lagi di sini:
“We adopted some forms common to Muslim worship … we used biblical forms of prayer such as kneeling, raised hands, and prostration.”
Malah apabila mereka mengadakan kelas pengajian Bible yang khusus untuk mengabui mata orang-orang Melayu mereka akan ramai-ramai duduk bersila di atas lantai menggunakan rehal untuk meletakkan Bible sambil orang-orang Melayu Kristian ini memakai kain pelikat, baju Melayu dan bersongkok atau kopiah.
Bukti? Masih tak percaya? Insha Allah kita bongkarkan di dalam tulisan lain.
Semoga tulisan ringkas ini diterima Allah sebagai suatu amal dalam usaha memelihara aqidah ummah. Amin.
Nota: Saya sengaja tidak memberi rujukan khusus bagi petikan-petikan yang saya ambil di atas – kerana saya seronok membaca “media-media putar alam” yang suka mempertikaikan apa-apa yang kita lontarkan. Biar mereka mencari-cari. Bagi yang berminat – hubungi saya terus untuk mendapat kertas ringkas setebal 30 m.s. yang saya pernah tulis berhubung isu gerakan Kristianisasi.

source : aidc

No comments: