Januari 2014 Bulan UMNO Tarik Balik Semua Saman - Tian Chua Terlepas, Mustapha Ali Pun Terlepas!
Tahun 2014 adalah Tahun Kuda di dalam kalendar Cina, di mana UMNO dengan suci hati, rela hati dan baik hati dan bodoh baghal memaafkan musuh-musuh politiknya yang sebelum ini menyebar fitnah kepada parti itu. Hari ini sahaja, dua kes saman fitnah diselesaikan di luar mahkamah. Pertama kes Tian Chua yang mendakwa UMNO terlibat di dalam serangan militan di Lahad Datu. Keduanya, kes Mustapha Ali yang menuduh UMNO terlibat di dalam penyebaran video lucah yang dikatakan milik beliau.
Drama apakah yang cuba disajikan oleh UMNO? Siapakah Tok Dalang yang memainkan peranan di dalam wayang kulit ini? Yang bodoh siapa? Kita kita ini yang menjadi penonton dan tukang komen. Perkembangan terbaru ini pastinya akan mengecewakan ramai pihak. UMNO yang sepatutnya harus bertegas dengan puak-puak pelampau dan pemfitnah dari pembangkang tapi malangnya semakin lemah pula dalam tindakannya. UMNO kelihatan lemah dan dayus untuk mengambil tindakan tegas.
Tian Chua terlepas dari saman UMNO apabila pihaknya kesal dengan penyiaran artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO – Tian' dan mendakwa artikel berkenaan bukan berniat untuk membabitkan UMNO. Mustapha Ali pula terlepas apabila hari ini beliau menyiarkan satu permohonan maaf di Harakahdaily yang kononnya beliau tidak maksudkan 'UMNO' tetapi 'Blogger UMNO'! (Lihat keratan di bawah).
Selepas ini kalau ada fitnah yang dilemparkan terhadap parti UMNO, tidak perlulah mana-mana pihak bersusah payah untuk mempertahankan parti tersebut. Orang-orang dalam parti tersebut sendiri terlalu dayus untuk mempertahankan nama baik parti berkenaan. Bodoh betul Tok Dalang UMNO yang terlibat di dalam memaafkan kedua-dua pemfitnah ini.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/01/januari-2014-bulan-umno-tarik-balik.html#37XO5W6j3jQZ5uuI.99
source : cucu tok selampit



No comments:
Post a Comment