NUFFNANG

Wednesday 8 January 2014

Sidang akhbar exco Ugama dan paderi hanya gimik

Sidang akhbar exco Ugama dan paderi hanya gimik


Satu sidang akhbar diadakan oleh exco ugama kerajaan Selangor, Pengarah JAIS dan paderi Lawrenceberhubung kalimah Allah dan rampasan Bible oleh JAIS.

Kononnya untuk meredakan isu kalimah Allah selepas satu pertemuan diadakan dengan Paderi Lawrence Andrew tetapi tidak ada kata putus daripada pihak exco mahupun paderi kristian tersebut.
 
Exco ugama, Sallehen Muhyi Tindakan JAIS adalah dibuat dibawah Enakmen Ugama Bukan Islam(Kawalan dan Pengembangan dikalangan Orang Islam 1988) serta berdasarkan maklumat orang ramai tentang adanya usaha2 penyebaran kristian melalui pengunaan kalimah Allah dlm bible
 
Beliau berkata JAIS telah melaksanakan tugas dengan betul tetapi mengatakan selepas ini tindakan JAIS hendaklah diperkemaskan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada Kerajaan Negeri Selangor sebelum mengambil sesuatu tindakan khususnya dalam isu agama.
 
Kenyataan ini kelihatan amat bodoh kerana bercanggah dengan stuktur organisasi dan memperkasakan jabatan kerajaan dengan otoriti. Ahli politik nampaknya mahu menjalankan tugas sebagai pegawai kerajaan yang mana tak mungin mereka boleh lakukan. Elok JAIS serahkan semua hal kepada ahli politik dan goyang kaki. 
 
Beliau menyatakan pendirian untuk menyokong titah Sultan Selangor bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi beliau tidak pula mendesak atau memohon paderi kristian untuk berhenti mengunakan kalimah Allah atau memohon maaf kepada umat Islam.  
 
Walaupun sudah dikesan cuba menggunakan bible Melayu untuk menyebarkan uagam kristian pada orang Melayu, Paderi Lawrence Andrew berkeras mahu terus engkar untuk menggunakan perkataan Allah. Beliau cuba menafikan menghasut atau mengunakan kalimah Allah untuk umat Islam tetapi kepada penganut Kristian
 
Beliau tidak akan memohon maaf kepada umat Islam diatas tindakannya mengunakan kalimah Allah dan bersetuju dengan sibebal Marina Mahatir bahawa agama lain seharusnya diberi kebebasan beragama tanpa sebarang halangan di negara ini
 
Dr Xavier Jayakumar dan Charles Santiago pula mempertahan tindakan paderi kristian tersebut dan terus mempertikaikan tindakan JAIS. Charles cuba berhelah mahu  JAIS seharusnya menyiasat dengan lebih terperinci sebelum membuat rampasan.

Beliau menyatakan memiliki dan menyimpan bible versi Melayu di gereja adalah tidak salah kerana bible tersebut mendapat kebenaran dari KDN dan ianya dibawa masuk oleh Kerajaan Persekutuan

Sidang akhbar yg diadakan pada hari ini boleh dikatakan sebagai satu gimik dan alasan Kerajaan Selangor untuk meredakan kebangkitan rakyat Selangor dlm isu Kalimah Allah dan rampasan bible.
 
Semasa soal jawab  Sallehen Muhyi banyak berdolak dalik dmana memberi alasan menyokong titah sultan tidak mahu untuk menegur dan melarang paderi Lawrence untuk terus mengunakan kalimah Allah.

Sebaik saja ada campurtangan politik, JAIS nampaknya nak lepas tangan pada polis padahal ini adalah hal ugama dan ruang kuasa JAIS. 

source : he unspinners

No comments: