NUFFNANG

Wednesday, 8 January 2014

MPKN tidak layak keluar kenyataan

MPKN tidak layak keluar kenyataan

7 JAN: 
Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) menganggap Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) tidak layak mengeluarkan kenyataan berkaitaan sebarang isu mengenai Islam kerana jumlah ahli panel dalam majlis itu sendiri majoritinya bukan Islam.
Setiausaha Agung pertubuhan itu Syed Hassan Syed Ali berkata PERKASA dari awal lagi tidak mengiktiraf malah menolak sama sekali MPKN kerana majorti anggotanya bukan beragama Islam manakala mereka yang beragama Islam dalam majlis itu tidak diiktiraf mewakili orang Islam di negara ini.
“Mana boleh satu badan majoritinya ahlinya merupakan bukan Islam membincang isu-isu bersangkutan dengan Islam sedangkan majoriti rakyat negara ini adalah penganut Islam.
“Apa lagi ahli yang beragama Islam dalam majlis tersebut ada lebih dua atau tiga orang berfikiran liberal,” kata Syed Hassan dalam kenyataan media PERKASA pada Selasa.
Tambahan lagi, beberapa orang dalam majlis tersebut adalah penyokong dan pejuang Lesbian, Gay, Biseksual serta Transgender (LGBT), katanya lagi dalam kenyataan berkenaan.
“Mana boleh mereka disenaraikan dalam majlis yang membincangkan perpaduan sedangkan mereka menyokong kegiatan yang songsang yang tidak diterima rakyat negara ini yang majoritinya adalah beragama Islam,” kata PERKASA dalam kenyataan itu.
Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Pertama MKPN di ibu negara pada Isnin.Foto Bernama
Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) dalam sidang mediaselepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Pertama MKPN di ibu negara pada Isnin.Foto Bernama
Pada Isnin MKPN menyatakan kekesalan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) yang menyerbu premis Persatuan BibleMalaysia (PBM) di Damansara Kim dan merampas lebih 300 nashkah Bible dalambahasa Melayu dan Iban Khamis lalu.
Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja MKPN semalam berkata, isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible edisi Bahasa Melayu boleh diselesaikan melalui perbincangan tanpa mencemarkan agenda perpaduan nasional.
Berikut adalah kenyataan penuh PERKASA.-bnbbc.my
Kenyataan Perkasa
Perkasa menganggap Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional tidak layak mengeluarkan kenyataan berkaitaan apa-apa isu yang ada kena mengena dengan Islam kerana jumlah ahli panel dalam majlis itu majoritinya bukan Islam.
Mana boleh satu badan majoritinya ahlinya merupakan bukan Islam membincang isu-isu bersangkutan dengan Islam sedangkan majoriti rakyat negara ini adalah penganut Islam.
Perkasa dari awal lagi tidak mengiktiraf majlis ini dan Perkasa tolak sama sekali majlis ini kerana anggotanya bukan Islam majoriti dan mereka yang beragama Islam dalam majlis tersebut tidak diiktiraf mewakili orang Islam dalam negara ini.
Apa lagi ahli yang beragama Islam dalam majlis tersebut ada lebih dua atau tiga orang berfikiran liberal.
Perkasa tidak mengiktiraf mereka mewakili masyarakat  Islam.
Tambahan lagi beberapa orang dalam majlis tersebut adalah penyokong dan pejuang  LGBT.
Mana boleh mereka disenaraikan dalam majlis yang membincangkan perpaduan sedangkan mereka menyokong kegiatan yang songsang yang tidak diterima rakyat negara ini yang majoritinya adalah beragama Islam.
Majlis ini adalah lebih untuk membela kepentingan kaum minoriti dari kaum majoriti.
Mana mungkin boleh kaum majoriti tidak diutamakan jika mahu bercakap soal perpaduan.
Isu yang membabitkan soal Islam, majlis ini tidak boleh mengatasi kuasa Raja-Raja Melayu dan mereka telah menyentuh dan mempertikai tindakan Jais tetapi tidak mempertikaikan paderi kontroversi Lawrence yang membuat kenyataan terbuka yang menaikan kemarahan orang majoriti Islam seluruh negara.
Sebab itu Perkasa lihat majlis ini tidak diiktiraf sama sekali dan Perkasa percaya majlis akan menjadi satu lagi ancaman kepada perpaduan perpaduan negara.
Sekian
Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agung Perkasa

source : bnbbc

No comments: