NUFFNANG

Wednesday, 8 January 2014

9 NGO Islam mengecam keras MPKN

9 NGO Islam mengecam keras MPKN

7 JAN: Sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam pada Selasa mengecam keras Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana bertindak mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan serta merampas lebih 300 nashkah Bible di premis Pusat Bible Malaysia(PBM) Khamis lalu.
Penyelesaian 10 Perkara antara kerajaan dan penganut Kristian tidak pernah sama sekali izinkan penggunaan kalimah Allah - Datuk Zulkifli Nordin.
Datuk Zulkifli Nordin menegaskan Penyelesaian 10 Perkara antara kerajaan Pusat dan penganut Kristian tidak pernah sama sekali izinkan penggunaan kalimah Allah. Di belakang beliau ialah Ketua Penerangan PERKASA Zahid Mohd Ariff.-Foto bnbbc.my oleh Hilmi Jaafar











Kenyataan kecaman bersama sembilan NGO Islam terhadap tindakan dan kenyataan MPKN itu dibuat berdasarkan kepada sembilan sebab.
Antaranya, pihak JAIS langsung tidak dipanggil menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja MPKN pada Isnin atau diberi peluang memperjelaskan tindakan atau membela diri mereka sebelum MPKN mengeluarkan kenyataan sekaligus melanggar prinsip keadilan sejagat.
Kedua tindakan JAIS adalah bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 9 Enakmen Pengawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 (Enakmen 1998) yang berkuatkuasa dalam negeri Selangor.
Seksyen berkenaan melarang penggunaan beberapa kalimah, termasuk kalimah Allah dan pelanggarannya adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan pertuduhan di mahkamah sivil.
Justeru, MPKN harus sedar JAIS bukannya merampas Bible bahasa Melayu semata-mata, tetapi merampas bahan penerbitan yang melanggar Seksyen 9 Enakmen 1998 itu, iaitu dipercayai mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya termasuk kalimah Allah.
Oleh itu JAIS selaku agensi penguatkuasaan tidak perlu berbincang atau berunding dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan jenayah sebelum mengambil tindakan.
“Sama seperti agensi penguatkuasaan lain seperti polis misalnya. Jika pihak polis menahan sebuah kereta kerana dipercayai membawa dadah, adakah perlu diwajibkan pihak polis berunding dahulu dengan pemandu kenderaan berkenaan. Itu tentunya satu jenaka,” kata Datuk Zulkifli Nordin yang bertindak selaku jurucakap bagi sembilan NGO Islam berkenaan pada sidang media di pejabat Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) di Taman Melawati, Hulu Kelang.
Zulkifli Nordin bersama sebahagian pemimpin atau wakil 9 NGO Islam yang bersama membuat kecaman keras terhadap MKPN di Ibu Pejabat MUAFAKAT dii Taman Melawati pada Selasa.-Foto bnbbc.my oleh Heikal Rosli.
Zulkifli Nordin bersama sebahagian pemimpin atau wakil 9 NGO Islam yang bersama membuat kecaman keras terhadap MKPN di Ibu Pejabat MUAFAKAT dii Taman Melawati pada Selasa.-Foto bnbbc.my oleh Heikal Rosli.











Selain MUAFAKAT, lapan NGO Islam lain ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Peguam Pembela Islam (PPI), InstitutPemikiran Tradisional Islam (IPTI), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Ahli Sunnah WalJama’ah (ASWAJA).
MKPN juga dikecam kerana seolah tidak faham atau tidak merujuk Penyelesaian 10 Perkara (10-Point Resolution) antara Kerajaan Persekutuan dengan penganut Kristian.
“10 point reslution itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Bible dalam bahasa Melayu ke dalam negara ini. Ia langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena mengena dengan isu kalimah Allah.
“Isu Bible dalam bahasa Melayu dan kalimah Allah adalah dua perkara yang sama sekali berbeza,” kata Zulkifli.
Zulkifli turut menarik perhatian bahawa bukan sahaja Bible, malah kitab suci Al-Quran juga banyak yang dirampas kerana didapati mengandungi cetakan yang salah dan lain-lain pelanggaran syarat atau undang-undang.
Sembilan NGO berkenaan turut mengesyorkan penambahbaikan kepada MPKN dengan menambah sekurang-kurangnya tiga lagi ahli dari kalangan ulama bagi mengelak persepsi MPKN hanya mewakili kepentingan golongan tertentu.
Manakala kerajaan pakatan pembangkang negeri Selangor digesa agar menyatakan secara terus terang dasar mereka mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.
Turut dikecam ialah PAS yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan atau mengeluarkan fatwa berhubung penggunaan kalimah Allah kerana Majlis Fatwa sudahpun mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah digunakan orang bukan Islam pada 1988.
Malah Majlis Syura PAS juga sudah lama mengeluarkan ketetapan yang sama-bnbbc.my
9 NGO kecam MKPN pg1
Kenyataan penuh 3 mukasurat mengecam MKPN oleh 9 NGO Islam.
9 NGO kecam MKPN pg2
Kenyataan penuh 3 mukasurat mengecam keras MKPN oleh 9 NGO Islam.
9 NGO kecam MKPN pg3
Kenyataan penuh 3 mukasurat mengecam keras MKPN oleh 9 NGO Islam.

source : bnbbc

No comments: