NUFFNANG

Monday 13 January 2014

KOMEN NIK AZIZ MENGENAI ISU SERBUAN JAIS

ISU SERBUAN JAIS: NIK AZIZ SINDIR MAHFUZ BEAN???


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat menjarakkan diri dengan kontroversi 
rampasan Bible versi Melayu di Selangor awal bulan ini.

Beliau berkata serbuan serta rampasan itu adalah urusan kerajaan negeri Selangor dan mana-mana 
pihak tidak boleh masuk campur.

"Kejadian di Selangor (Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) rampas Bible versi Melayu 
yang mengandungi kalimah Allah), itu urusan dia. Urusan negeri, orang kita (PAS) tidak boleh 
campur. Macam urusan Kelantan, negeri lain nak campur, itu tak betul," kata Nik Aziz dipetik 
dari Utusan Malaysia.

JAIS pada 2 Januari lalu menyerbu dan merampas lebih 300 Bible versi Melayu di premis Persatuan
Bible Malaysia (PBM) di DamansaraTindakan itu mengundang ketidakpuasan hati sesetengah 
pihak termasuk beberapa pimpinan PAS.

JAIS juga melalui jalan sukar apabila tindakannya turut dipersoal kerajaan negeri Selangor 
pimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid dalam reaksi balasnya bertindak mengumumkan piawaian standart operasi (SOP) baru
untuk diikuti JAIS, yang memerlukan jabatan itu merujuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS
dan exco terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa serbuan.

MAIS bagaimanapun menegaskan JAIS tidak melanggar bidang kuasanya apabila menyerbu dan 
merampas Bible itu. JAIS juga tidak perlu merujuk MAIS terlebih dahulu seperti apa yang 
diumumkan Khalid Rabu lalu.

Nik Aziz dalam pada itu memberitahu beliau menyokong penuh pendirian PAS Pusat bersabit 
kalimah Allah.

"Tidak usah sebut isu kalimah Allah, perkara ini sudah lama kita putuskan, awak rujuk balik 
PAS Pusat kerana saya beri sokongan penuh apa saja keputusan mereka," ujar Nik Aziz.

Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan ketika ditanya prestasi penggantinya berkata 
rakyat dan penyokong PAS harus beri sepenuh sokongan kepada Datuk Ahmad Yaakob.

"Segala gerak-geri saya sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat.

"Dari segi dasar dan polisi mana boleh sama, kita kena ikut perkembangan semasa. Dia cara dia
saya cara saya, namun saya beri sokongan sepenuhnya kepada beliau.

"Saya minta semua orang PAS sokong beliau kerana beliau jadi timbalan saya sudah bertahun-tahun, 
semua masalah atau urusan saya khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dia yang jawab. 
Beliau merupakan anak murid saya yang sejati," ujar Nik Aziz.

source : semut hitam

No comments: