NUFFNANG

Monday 13 January 2014

KESIAN KHAIRY JAMALUDDIN, DIA TERLUPA YANG DIA TERLALU BANYAK MELANCAP BERBANDING BEKERJA!!!

KESIAN KHAIRY JAMALUDDIN, DIA TERLUPA YANG DIA TERLALU BANYAK MELANCAP BERBANDING BEKERJA!!!



Ada ler proposal yang telah diusulkan dan ada ler yang bajet yang hendak dicari. Kalau tidak, Khairy Jamaluddin takkan bercakap tentang PEMIMPIN BARISAN NASIONAL SYOK SENDIRI ketika mengulas kekalahan Barisan Nasional dalam PERANG SIBER.

Kelahiran tentera-tentera maya pro-UMNO-BN bermula dengan status militia sahaja. Semuanya hanya kerana bencikan DAP dan Anwar Ibrahim. Kemudian, ada pula sekumpulan yang benci dengan penguasaan anak menantu Abdullah Badawi serta konco-konco mereka dalam membolot projek-projek rakyat.

Peringkat awal pembabitan tentera maya yang sekarang pro-UMNO adalah pembelasah kerajaan Abdullah Badawi yang dilihat tersangat lembik, tidak bermaya dan terlalu dipengaruhi oleh kepentingan peribadi sehinggakan keselamatan negarapun turut dijadikan sebagai bahan ujikaji.

Khairy Jamaluddin juga tidak terkecuali daripada serangan tersebut, bahkan dialah yang paling utama kerana terlalu banyak ulah dan onar yang dilakukannya. Namun, dia bernasib baik kerana penyokong-penyokong dan penggiat media sosial yang menyokong PAS, DAP apatah lagi PKR langsung tidak menyentuh dan menyerangnya. Bahkan mereka juga tidak menganjurkan demonstrasi jalanan untuk menghentamnya.

Akhirnya Khairy Jamaluddin jadi seperti apa yang kita lihat sekarang.

Sekarang, Khairy Jamaluddin dengan penuh hebat menyatakan dia tahu apa yang menyebabkan Barisan Nasional kalah dalam perang siber. Dengan kata lain, Khairy Jamaluddin menyalahkan para penggiat media sosial yang bertungkus lumus berperang melawan tentera-tentera siber Pakatan Rakyat. Khairy Jamaluddin langsung tidak mengambil kira persenjataan dan kelengkapan pihak lawan yang turut disokong oleh sikap para pemimpin Pakatan Rakyat terhadap mereka.

Memang benar Pasukan Siber pro-UMNO dan Barisan Nasional kalah dalam perang siber. Kekalahan itu perlu diakui. Dan tidak perlu dimalukan!

Lebih-lebih lagi kekalahan tersebut banyak disumbangkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional seperti Khairy Jamaluddin sendiri yang tidak sahaja membantu partiyang menaikkannya ke puncak kuasa, bahkan lebih banyak menjalankan kerja-kerja menjahanamkan parti. Para pemimpin UMNO-BN seperti Khairy akan menyalahkan serangan 'sesama sendiri' yang disasarkan kepada mereka, tetapi mereka tidak pernah mahu mengaku bahawa perangai, perbuatan dan tindakan mereka sendirilah yang menjadikan mereka sebagai sasaran.

Dunia sudah semakin berubah tetapi manusia seperti Khairy Jamaluddin masih mahu mendengar cerita-cerita yang enak-enak sahaja. Sebarang kritikan, hentaman atau tidak bersetuju dengan tindak tanduknya dianggap sebagai 'serangan sesama sendiri'. Malang sungguh UMNO dan Barisan Nasional kerana masih lagi terkongkong dalam tempurung besi yang hanya mahu mendengar cerita yang seronok-seronok tanpa mahu mengetahui hakikat sebenar.

Khairy sepatutnya bercakap tentang dirinya sendiri sebelum sibuk nak mengata pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain. Sepanjang sejarah Pemuda UMNOMalaysia, ketika berada di bawah Khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO dilihat tidak ubah seperti sekawan pondan yang sibuk mencari kawasan selamat untuk menadah punggung dan menjual 'AIR-COND pakai gula-gula HACK'.

Kalau sebegitu punya gaya pemimpin Barisan Nasional, pasukan siber yang diutuskan dari langit kesembilan pun, tidak akan mampu berbuat apa-apa. Hanya kerana dia seorang pemimpin dan ada pengikut yang melihat kocek kembung serta akaun bank bergulung-gulungnya, wajarkah Khairy Jamaluddin menyalahkan pihak lain?

Bagaimana dengan hasil kerja Pemuda UMNO di bawah kepimpinannya memandangkan mereka sebenarnya lebih bertanggungjawab kepada parti berbanding para pendokong media sosial yang selama ini menyokong dan membela kerajaan?

Dan adakah ini sebenarnya cara Khairy Jamaluddin untuk mewujudkan pemberontakan dari dalam Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada memandangkan cubaan menjatuhkan kerajaan oleh puak pro-Pakatan Rakyat gagal?

Khairy Jamaluddin sebenarnya perlu memberikan penjelasan terperinci berhubung perkara ini. Lebih-lebih lagi tentang mutu kerjanya selaku Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Barisan Nasional selain Menteri Belia dan Sukan yang dilihat pincang tugas, bukannya terus memberi alasan demi alasan untuk menunjukkan dia sangat hebat berselindung dan berdalih!!!

Sebenarnya Khairy tidak layak menegur dan memperkatakan tentang orang lain kerana dia merupakan sebahagian daripada SISTEM YANG GAGAL. Sebaliknya sebagai sistem yang gagal, sama seperti Malek Hasan, dia perlu mengundurkan diri dengan seberapa segera... itu pun kalau dia sebenarnya masih mahu melihat UMNO berkuasa pada PRU14 nanti!

source : the flying kick

No comments: