Wahid Omar Menteri Yang Bodoh Atau Menteri Kurang Cerdik....? Yang Mana Satu?
Untung nasib barisan kabinet dibawah kerajaan YAB Datuk Sri Najib ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga" apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar membuat kenyataan bangang dalam respon beliau mengenai kenaikan kadar baru TOL yang hangat diperkatakan kini....
Tindakan menaikkan kadar tol sudah mencukup membuatkan rakyat menjadi meluat dengan cara pentadbiran serta cara urus ekonomi negara, apabila ditambah pula dengan terpaculnya kenyataan yang bangang dari seorang Menteri, bertambah-tambah dan bertingkek tingkeklah rasa menyamppah rakyat dengan kerajaan dibawah pimpinan Najib. Itulah kaitannya dengan ungkapan 'sudah jatuh ditimpa tangga'.
Tidakkah pihak kerajaan khusunya jemaah menteri kita semua tahu bahawa 'modal besar' yang didendangkan oleh juak juak Pembangkang ketika kempen PRU 13 mereka berjanji akan turunkan dan mungkin akan hapuskan TOL...?
Oleh kerana rakyat masih ada keyakinan dengan YAB Datuk Sri Najib dan barisan kabinetnya maka pada tanggal 5 Mei 2013, masih kekal lagi tampuk kerajaan dan kuasa pemerintahan negara ditangan BN.
Iya, rakyat yakin dengan kepimpinan Najib untuk ada sikap "kepedulian" dengan masalah ekonomi rakyat....
Tetapi apabila akan berlakunya kenaikan kadar TOL yang akan dilaksanakan taklama lagi, sudah pasti anda semua tahu apa yang ada dalam benak pemikiran rakyat yang telah memberikan mandat kepada BN...
Iya, rakyat yakin dengan kepimpinan Najib untuk ada sikap "kepedulian" dengan masalah ekonomi rakyat....
Tetapi apabila akan berlakunya kenaikan kadar TOL yang akan dilaksanakan taklama lagi, sudah pasti anda semua tahu apa yang ada dalam benak pemikiran rakyat yang telah memberikan mandat kepada BN...
Tatkala masalah 'poket rakyat' masih belum menemui solusi serta jalan penyelesaian yang baik, beberapa bulan selepas PRU 13 harga petrol naik....
Rakyat dah mula mengeluh! Kini dah ada usaha mahu naikkan kadar TOL yang baru?
Rakyat dah mula mengeluh! Kini dah ada usaha mahu naikkan kadar TOL yang baru?
Walaupun kenaikkan kadar TOL ini bukan secara keseluruhan, tetapi bagi penduduk di Lembah Klang hampir kesemua jalanraya yang ada memang akan menghubungkan mereka dengan jalan jalan TOL sekiranya mahu ke bandaraya dan bandar bandar utama....
Malah kita tidak boleh nafikan bahawa hampir kesemua jalan masuk TOL di Lembah Klang ini masih tidak bebas langsung dari "traffic jam" sehinggakan ada di sesetengah tempat, sebaik sahaja anda masuk lebuhraya tersebut akan terus terperangkap dengan "traffic jam" !
Bayar TOL untuk berada dalam kesesakan jalanraya..? Lihat bukti dibawah ini...
Bayar TOL untuk berada dalam kesesakan jalanraya..? Lihat bukti dibawah ini...
Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan syarikat konsesi sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi...
Hakikat yang sebenarnya, syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan ia sentiasa bertambah setiap tahun.
Apabila sebagai seorang Menteri seperti Wahid Omar membuat kenyatan yang bodoh menyebut 'guna jalan biasa jika menganggap kenaikan TOL terlalu tinggi' ianya langsung tidak menghormati perasaan rakyat yang telah memberikan mandat kepada kerajaan BN. Kenyataan yang sangat biadap!
Apakah kita mahu mengundang kemarahan rakyat ini ditafsirkan menerusi kertas undi PRU ke 14 dimana rakyat punyai kuasa untuk ubah kerajaan...?
Mari kita baca luahan hati sahabat Blogger kita di SINI.
No comments:
Post a Comment