NUFFNANG

Thursday, 12 December 2013

Tun Hanif: Awas komplot hancurkan negara

Tun Hanif: Awas komplot hancurkan negara



Bekas IGP: Awas 'komplot besar' hancurkan negara
 
Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar menyatakan kesedihannya terhadap kecederungan pelbagai pihak, termasuk pemimpin negara memainkan isu yang tidak timbul sebelum ini, seperti kedudukan istimewa Bumiputera.

Katanya, bukan itu sahaja, malah kedudukan raja-raja pun mula disentuh dan kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan pula dibangkit dan dipermainkan.

"Masya-Allah, semacam ada satu grand design (perancangan besar) yang sedang digerakkan yang pada pandangan patik, jika tidak di kawal dengan bijaknya boleh menghancurkan negara," katanya.

Berucap dalam jamuan teh diraja bersama pesara kerajaan sempena ulang tahun ke-68 Sultan Selangor, Hanif berkata, keadaan itu menyebabkan perasaan rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam tidak lagi di pedulikan.

"Patik dan ramai rakan-rakan pesara sangat berasa dukacita dan kadang-kadang terfikir ke manakah negara ini hendak dibawa oleh mereka ini, lebih-lebih lagi bila adanya orang Islam yang mengatakan dia nabi atau tuhan," katanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada perkembangan ajaran sesat di kalangan orang Melayu, yang antaranya mengaku sebagai nabi serta kes terbaru ajaran "Tuhan Harun".

Hanif bagaimanapun berkata, beliau bangga kerana Sultan Selangor tegas dan konsisten mempertahankan hak-hak Bumiputra dan kesucian Islam di samping mempedulikan kepentingan-sah bukan Bumiputra.

"Kebijaksanaan DYMM Tuanku melalui kenyataan dan titah sentiasa di tunggu-tunggu hamba rakyat setiap kali isu-isu seperti ini dibangkitkan," katanya di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang, pada petang Ahad.

**************


Ucapan takziah  buat Tun Hanif di atas kematian anaknya.

Al Fatihah
source : the unspinners

No comments: