NUFFNANG

Thursday, 12 December 2013

Tidak Hadir Rayuan Kes Liwat 2: Anwar Memijak ‘Keadilan’

Tidak Hadir Rayuan Kes Liwat 2: Anwar Memijak ‘Keadilan’

Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim. Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar.
Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir.
Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan. Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara.
Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air. Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling buruk. Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan ingin membantu rakyat. Namun, ini tidak berlaku.
Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang menerajuinya. IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai hubungan yang rapat dengan CIA. Antara nama-nama besar di dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring yang menghancurkan dunia Islam. Selain itu, kematian pengasas IIIT iaitu Ismail Faruqi, diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang mengejutkan. IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika.
Oleh itu, kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa, iaitu Saiful Bukhari dalam kes liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Anwar memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana biadap, tetapi sebenarnya kerana takut.
Ini berdasarkan perkembangan terkini mengenai kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendedahkan hubungan Anwar dengan Datuk Mat Zain Ibrahim dan juga Datuk Ghani Patail, Peguam Negara. Selama ini, rakyat Malaysia cukup musykil dengan keputusan mahkamah dan tindakan Peguam Negara dalam menangani kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim di mana hampir semuanya memihak kepada Anwar dalam cara yang begitu ‘misteri’.
Justeru, kenyataan Tan Sri Shafee mengenai pendedahan yang mungkin dibuatnya menyebabkan seluruh rakyat teruja manakala Anwar pula resah gelisah.
Apapun, yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah fakta kes yang mana terdapat ‘mangsa’ yang sedang mencari keadilan. Mangsa di dalam kes ini bukan Anwar, tetapi Saiful Bukhari. Seperti semua mangsa-mangsa kes jenayah seksual, Saiful berhak mendapat keadilan. Rayuan yang dikemukakan oleh pihaknya bukan bermotif politik tetapi sekadar mencari keadilan semata-mata.
Atas dasar ini, sekurang-kurangnya, sebagai seorang manusia yang waras, Anwar seharusnya memahami bahawa beliau bukan berhadapan dengan seorang politikus, tetapi bekas pekerjanya sendiri.
Anwar boleh menuduh semua ini hanya konspirasi, tetapi sebagai seorang yang mengaku tidak bersalah, beliau harus berani berhadapan dengan mangsa di dalam mahkamah sebagai seorang lelaki sejati.
Cerita-cerita bahawa mahkamah tidak adil tidak lagi laku pada hari ini kerana seluruh dunia telah menyaksikan bagaimana mahkamah yang sama telah melepaskan Anwar berkali-kali.
Justeru, kenapa Anwar harus takut, mengelak dan cuba lari?
source : pisau.net

No comments: