NUFFNANG

Thursday, 12 December 2013

Skandal dan salah laku pengurusan BTN terbongkar?Masihkah Najib diam?

Skandal dan salah laku pengurusan BTN terbongkar?Masihkah Najib diam?

Oleh rmf
RASA muak dan makin berbulu mata melihat gelagat Raja Arif,Ketua Pengarah Biro Tata Negara yang sedang gila dan ligat mencari nyawa ke sana sini supaya beliau tidak ditamatkan sebagai Ketua Pengarah BTN sedangkan semua agensi strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri mengetahui momokan dan pembohongan beliau sebagai Ketua Pengarah yang gagal menerajui jabatannya. 
Begitu juga dengan Mokhtar Sulaiman, Timbakan Ketua Pengarah (Pentadbiran) BTN yang sedang hebat mengumpulkan pegawai-pegawai BTN yang sebelum ini pernah bersama beliau,yang boleh beliau cucuk hidung dan dalam masa yang sama mereka terus mengumpulkan bekas-bekas ABIM di jabatan itu untuk menerajui jabatan-jabatan strategik dalam BTN.
Kita sedang berfikir,apakah nilai nilai sebenar yangg mahu ditunjukan oleh pengurusan BTN?Jika bercakap tentang integriti,apakah 3 peneraju BTN itu ada integriti?Cuba semak macam mana permainan politik untuk bisness yang Mokhtar sedang lakukan?Seakan-akan sedang melepaskan geram, semuua projek dipulun oleh syarikat yang beliau putuskan di ibu pejabat seperti pembelian alat siaraya biarpun projek itu di peringkat negeri dan juga  kem latihan.
Sebab itulah dibawa masuk Pengetua-Pengetua Kem yang boleh beliau cucuk hidung untuk bersikap jangan persoalkan apa yang Mokhtar sedang buat hatta Raja Arif sendiri pun seakan lembu yang dicucuk hidung oleh Mokhtar kerana tidak pernah tahu politik Mokhtar dalam urusan perniagaan membabitkan BTN.
Sama juga dengan gerakan membawa masuk PTD-PTD yang diuruskan oleh Mokhtar untuk dibawa masuk ke dalam BTN,semuanya yang tiada latar belakang latihan dan yang penting kepada beliau adalah berlatarbelakangkan ABIM.
Semaklah homepage ABIM dan carilah siapa PTD-PTD yang dibawa masuk untuk menerajui jabatan-jabatan lain dalam BTNyang berkait rapat dengan ABIM Pusat,semuanya datang daripada usrah ABIM dan terbaru dikhabarkan satu lagi penyokong tegar Anwar Ibrahim akan dibawa masuk ke dalam BTN ,yang pernah jadi anak buah Mokhtar iaitu Razali Malik.
Jangan lupa kepada Mokhtar ini yang ada sindrom hanya beliau seoarang sahaja PTD yang hebat dan kita harap skandalyang dikaitkan dengan Mokhtar satu ketika dulu tidak benar dengan seorang pegawai BTN bernama Cik Manis dan sinonim dengan panggilan anak Abah yang dinaikan ke Gred 52 oleh Mokhtar kerana ada yang mendakwa satu ketika dulu Cik Manis ini diusung ke hulu ke hilir,siang dan malam.
Kalaulah dakwaan ini benar,dimanakah maruah beliau?Dan demi menutup skandal ini kononnya dilantik seorang pegawai lain untuk menjadi balaci ataupun barua menutup segala perlakuan sumbang dan songsangnya dan pegawai yang jadi pak sanggup itupun khabarnya di naikan ke Gred 52.Itu kisah di BTN dulu dan Cik Manis sudahpun berkahwin dan mempunyai anak-anak.Kita harap ini tidak benar dan kalau benar alangkah malangnya kepada BTN yang menyimpan Timbalan Ketua Pengarah seperti ini.
Cik Manis juga dikatakan telah membawa masuk banyak syarikat untuk berurusniaga dengan BTN dan khabarnya termasuk syarikat milik suaminya.Kita tidak tahu adakah syraikat-syarikat itu sudah dapat bayaran atau tidak?Mokhtar tidak boleh mengelak untuk menjawab tentang projek air mineral dari Selangor ke Sabah sewaktu PRU13 lalu, penyelenggaran Rumah Meranti di Jalan Bellamy, pembinaan pagar Kem Latihan dan projek percetakan yang beliau agihkan dan kita percaya Raja Arif pun tidak tahu permainan Mokhtar ini.
Kita juga ingin bertanya Mokhtar,tuntutan RM1.6 juta itu sudah dapat ke belum? Kita bimbang kalau tidak diagihkan samarata akan terjadi pecah kongsi pula dan takkanlah setakat beli Pajero buruk sahaja dan takkanlah juga ke Indonesia sampai seminggu hanya kerana buku yang mahu diberikan kepada PM Najib tentang aktiviti BTN di Indonesia.
Begitu juga dengan kos pemergian Mokhtar bersama Nadiah,Penolong Pengarah dari Bahagian Mahasiswa ke Jepun berjumlah RM98 ribu dan Wisma Putra menuntut bayaran ataupun kos tersebut dari BTN.Apa program  yang beliau buat di sana antara BTN dan Wisma Putra dan takkanlah kos untuk seorang Timbalan Ketua Pengarah dan seorang Penolong Pengarah bernilai sebanyak itu?Alangkah baiknya kalau wang sebanyak itu digunakan untuk kepentingan pelajar-pelajar dalam Negara.
Malah ketika beliau di Jabatan Perangkaan,kereta yang baru dibeli telah dicalar dan dirosakkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perangkaan dan kalau benar beliau seorang pegawai yang jujur dan beramanah seperti yang beliau uar-uarkan,mana mungkin beliau akan diperlakukan sedemikan rupa oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Perangkaan,itu belum lagi kita dedahkan apa yang berlaku di KPDNKK dan bab Mokhtar ini,Rodiah tahu banyak ceritanya.
Tentang Hanapi Harun,Timbaan Ketua Pengarah (Latihan) BTN ini pun satu perkara juga.Cuba buat bancian kepada semua pegawai-pegawai dan kakitangan BTN dan cari berapa ramai yang suka dan benci terhadap Hanapi@Abu Nawas ini.Mengapa beliau dibenci?Beliau dibenci hanya kerana beliau perasan hanya beliau yang hebat dan baik serta sempurna di BTN itu kalau mahu dibandingkan dengan Mokhtar dan Raja Arif,semua orang lain tidak sempurna mengikut KPInya,hanya beliau yang ada integriti dan cuba tanya bagaimana beliau mengkhianati dan sabotaj PM serta Ketua beliau sebelum ini di BTN bila secara sengaja membiarkan sajak Ku Cari Damai Abadi telah disalahcetak dan diedarkan dalam majlis yang telah memalukan Perdana Menteri ketika itu,Pak Lah.
Jadi kalau hari ini ada pegawai-pegawai BTN yang juga bersikap sedemikian terhadapnya,beliau perlu tahu bahawa apa yang beliau telah buat sebelum ini telah berlaku terhadap dirinya hari ini.Ini hukum karma Hanapi!
 
Raja Arif dan Hanapi dalam majlis usrah ABIM..
Kalau betul mereka ini jenis spesis yang ada integriti dan maruah sepatutnya mereka sudah ambil tangguung jawab dan meletak jawatan tapi kerana mereka memang jenis spesis yang semua orang tahu dan kenal sebagai syok sendiri,maka dengan bangganya mereka  canang, merekala orang-orang yang paling hebat dan mereka lupa segala yang sedang mereka lakukan di BTN ketika ini sebagai menyumbangkan kepada tumbang dan rebahnya BTN yang menjadi mercu tanda perkaderan,roh serta jasad kerajaan sebelum ini.
BTN adalah  satu kekuatan kerajaan setelah bangkit dari peristiwa 13 Mei 1969 dan bagaimana Tun Razak menubuhkan Unit Penyelidikan Belia yang akhirnya dikenali sebagai Biro Tata Negara telah berjaya menanam perasaan patriotik dikalangan rakyat dan pemimpin sehingga kita boleh tanya,mana pemimpin dari pelajar sehinggalah memimpin agensi kerajaan dan parti dan kerajaan hari ini termasuklah yang berada dalam pembangkang,siapa yang tidak pernah melalui kursus dan latihan BTN?
Tapi kini dimana peranan BTN?BTN dibawah pengurusan Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi sudah jadi gelangang yang telah lari jauh daripada kerangka yang Allahyarham Tun Razak impikan.BTNByang dulunya mengasuh dan mendidik serta melatih anak-anak muda,memberi kesedaran dan input yang amat mahal tentang senario politik dan ancaman namun kini nilai BTN sudah jadi seperti kata pujangga `ketam mengajar anak berjalan betul,menjadi seperti pepat diluar rencong di dalam’ kepada bangsa Melayu,menjadi api dalam sekam,gunting dalam lipatan untuk agama,bangsa dan Negara ini.
Mana agensi yang serius memikul peranan ini selain BTN tapi kelihatan BTN  terlalu takut jika anak Melayu mempunyai rasa cinta yang mendalam kepada bangsanya dan apakah BTN atau kita tidak ambil kisah atau peduli jika anak-anak Cina diasuh dengan pelbagai sentimen melalui SRJKC dan program `summer camp’ anjuran mereka?Kenapa kita terlalu pesimis dan akhirnya BTN menjadi korban dan mula menganut fahaman pluralism hasil idea pengurusan BTN hari ini.
Apakah masih ada program BTN yang menanam semangat seperti BTN zaman Nordin Kardi ataupun Saghul Hameed dulu?Lebih malang,BTN hari ini sekarang menjadi lebih sensitif kepada denyut nadi pembangkang berbanding dengan denyut nadi kerajaan.
Bukankah kumpulan ABIM yang menjadi idola dan rujukan Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi ini sebenarnya lebih assabiyah daripada mana-mana kumpulan yang merasakan hanya kumpulan mereka sahaja yag bijak dan benar tapi ABIM masih jadi keutamaan mereka dan relevenkah BTN dan modulnya yang ada dengan cabaran PRU14 nanti? Masih belum terlambat,tunjukan jalan keluar dan hambat Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi daripada terus menjadi Sultan dan Raja di BTN.
source : rmf7

No comments: