NUFFNANG

Friday 20 December 2013

Perkasa lawan Neo-liberal? Jemputan buat Pejuang Melayu

Perkasa lawan Neo-liberal? Jemputan buat Pejuang Melayu






Perkasa akan mengadakan Persidangan Agungnya pada Ahad Disember 22hb di Kompleks Pusat Islam bersebelahan Masjid Negara. Mereka menyampaikan jemputan kepada semua PEJUANGMELAYU.

Elok sekali mereka halang kedatangan Malaysiakini dan Malaysia Insideryang terlalu suka memutarbelit berita mereka hingga menarik House PK untuk menegur Ibrahim Ali diSINI.



Astro Awani ada laporan yang lebih tepat:

PERKASA: Rakyat tertekan akibat kos hidup meningkat

Astro Awani | Kemas kini: Disember 19, 2013

KUALA LUMPUR:  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengakui rakyat sedang menerima tekanan akibat kos hidup yang semakin meningkat apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik dan kadar tol.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya menyeru kerajaan supaya melihat isu ini secara serius sebelum keadaan tidak terkawal.

Katanya, kombinasi kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menjadikan keadaan semakin gawat dan rakyat gelisah.

“Kerajaan yang ada hari ini dipilih menerusi pilihan raya maka jika mereka tidak berpegang pada janji menaikkan harga barang, pilihan raya seterusnya rakyat akan memutuskan siapakah yang paling layak menjadi kerajaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA, di sini, hari ini.

Ibrahim juga menegaskan PERKASA menolak cadangan supaya demonstrasi jalanan dibuat bagi membantah kenaikan tarif elektrik dan kadar tol.

Katanya Barisan Nasonal (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat.

Jelas beliau  rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu tempoh yang lama.

"Pilihan raya umum akan diadakan setiap lima tahun sekali. Kenapa nak pergi ke jalanan? Mereka telah menerima mandat. Terpulang kepada mereka.

"Berhimpun di jalanan tak hormat proses demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih kerajaan. BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat," katanya.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata prestasi BN menjelang PRU14 akan diperhatikan bagi membolehkan PERKASA membuat keputusan sama ada untuk terus menaruh kepercayaan sama seperti PRU13 atau beralih arah.

"Empat tahun berikutnya PERKASA akan memantau dan membuat keputusan sama ada kepercayaan kami sama seperti sebelum PRU13 atau harga barang terus meningkat.

“Jika kerajaan tidak tunaikan janji seperti dalam manifesto, ia akan boleh jadi pelbagai hala. Itu pendirian kita.

"PERKASA bukan alat UMNO tetapi apa yang kita dapati sebelum PRU13, tiada parti yang berkongsi kuasa terbukti selama 50 tahun menjamin keselamatan politik negara," katanya lagi.

Pada Rabu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu wawancara bersama Radio Bangsar Utama memberitahu satu demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang Pakatan Rakyat dan kumpulan aktivis pada 1 Mei, 2014.

Beliau berkata demonstrasi raksasa itu akan menjadi kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin Pakatan Rakyat selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.

Katanya, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong oleh PAS, DAP dan PKR namun tempat demonstrasi masih belum ditetapkan.


****************

Majlis Perkasa kali ini akan dihadiri Tengku Razaleigh yang akan memberi ucaptama:



*************

Kesediaan tengku Razaleigh untuk berucap betul-betul mengecewakan Dato Zaid Ibrahim yang tak henti-henti mengutuk Perkasa dalam tulisannya di Malaysia Insider. Zaid terpaksa meminta Malaysiakini dan First Malaysia Today untuk spin seolah-olah Tengku Razaleigh akan "ajar" Perkasa.

Sudahlah Zaid anak mamak estet Kuala Krai yang tak sedar diri.kini sokong LGBT dan tak tahu terima kasih dari kekayaan yang dibuat hasil usaha dari mengampu UMNO. Lompat satu parti ke ssatu parti macam budak yang asyik merajuk bila orang tak dengar cakap dia.


Ramai tertanya-tanya dan anggap Perkasa merajuk kerana Ibrahim Ali dimainkan di Pasir MAS dan kalah. Langsung tidak kerana walaupun dipermainkan mereka tetap bergerak dan keahlian Perkasa sudah dalaman ratusan ribu.

Mereka merupakan persatuan Melayu yang punya ahli dalam ratusan ribu dan berkeahlian dari pelbagai parti politik termasuh parti pembangkang. Agenda mereka masih kukuh dan legitimate. 


Ada pihak membuat jangkaan Perkasa sudah meletakkan hala tuju untuk menentang Neo Liberal yang mana pemikiran tersebut menjahanamkan agenda Nation Building dan mengeruhkan arahtuju baik UMNO dan juga parti Melayu pembangkang dalam PAS dan PKR.

Baca Malaysia Chronicle SINI
source : the unspinners

No comments: