MALAM AMBANG 2014 DATARAN MERDEKA BAKAL JADI KECOH & HURU HARA !!
Tak puas hati kita turun jalanraya ... lepas itu pulak ada yang nak guling kerajaan pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka .
Nampaknya akan ada kekecohan dan huru - huru nanti pada malam ambang tahun baru 2014 .
Polis & FRU sudah tentu telah bersiap sedia segala kemungkinan berikutan hasutan mahu guling kerajaan tersebar meluas sekarang di media sosial , whasapp dan sebagainya .
Turut tak ketinggalan portal Malaysiakini membantu menghasut a rakyat turun ke jalanraya pada hari berkenaan . Malah Mat Sabun pun dah isytiharkan tahun 2014 adalah tahun demontrasi disebabkan harga dan kos sara hidup naik . kLIK di sini
Masyuk la pemimpin PR tahun 2014 sebab peruntukan dana asing bertuhankan demokrasi untuk buat demontrasi jalanan akan meningkat ..
Turun ke jalanan protes harga naik bukan kaedah terbaik
Turun ke jalanan untuk protes kenaikan kos sara hidup dilihat bukan kaedah terbaik menangani masalah, kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.
Beliau menasihatkan agar rakyat bersabar sehingga kerajaan menemui mekanisme menyelesaikan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tersebut.
Sebelum ini, PR memberitahu bakal membuat keputusan sama ada mahu mengadakan bantahan besar-besaran atau tidak, esok dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
Menurut Atory, rakyat perlu mendengar penerangan daripada kerajaan berhubung kenaikan itu.
“Lebih baik kita dengar dulu penerangan daripada kerajaan. Belum tahu lagi kadar kenaikan. Jadi, sabarlah sedikit.
“Saluran untuk mengadakan rundingan tetap ada. Kalau tak demonstrasi pun tak apa. Lebih baik gunakan saluran parti politik dan badan bukan kerajaan yang ada ini,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, bukan parti pembangkang sahaja yang prihatin dengan kenaikan kos sara hidup rakyat, parti kerajaan juga turut prihatin.
“Pemuda Umno juga membangkitkan isu ini ke kabinet. Jadi, bukan pembangkang sahaja... parti pemerintah juga prihatin dengan harga barang naik ini.
“Biar mereka (BN) berdialog dulu, kita tengok hasilnya bagaimana. Demonstrasi ini mungkin saluran yang terakhir. Nak halang pun tak boleh kerana perhimpunan aman dibenarkan oleh kerajaan,” katanya.
source : generasi pejuang bangsa
No comments:
Post a Comment