LAYAKKAH GUAN ENG DAP TEGUR @NAJIBRAZAK KERANA TEGUR MCA??!
MiM merujuk dengan kenyataan terbaru Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang ditolak ke tangga 5 oleh perwakilan DAP semasa pemlihan semula CEC DAP.
Beliau telah mengkritik kenyataan Najib Razak yang menegur dan menasihat parti MCA semasa Perhimpunan Agung MCA kelmarin. Di antara celoteh anak Kit Siang DAP itu :
MCA suffered the ultimate political humiliation, not from the general election losses and rejection by the rakyat, but from their long time friend in UMNO when Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told the MCA General Assembly yesterday, “You have the members, you have the people, but it’s like the flesh is there but the spirit is weak. We need some political Viagra… We ask the Health minister to provide the medication”MiM tidak pasti sama ada Lim Guan Eng DAP berlagak naif dan bodoh atau beliau sekadar memberi respons kepada apa sahaja isu yang beliau fikir menguntungkan beliau dan DAP?
Takkan Guan Eng DAP tidak faham dengan maksud 'perumpamaan' viagrapolitik ? What a pity!
If MCA needs political Viagra from the Health Ministry as advised by Najib, then they only prove that MCA exists not for their principles or to serve the rakyat, but merely to serve the interests of UMNO. MCA’s failure to reproach the BN and UMNO President for these dismissive remarks shows how submissive MCA has become. more
1. Kesemua pemimpin dan ahli MCA mesti bersatu semula sebaik sahaja pemilihan parti kali ini selesai.
2. MCA menyusun semula strateginya dengan menilai segala kekuatan dan kelemahan parti itu.
3. Menaikkan semangat MCA dan kita memerlukan 'viagra politik' untuk tujuan ini.
4. Membina semula kekuatan sekali gus menjadikan parti MCA sebagai pilihan kaum Cina di negara ini.
Lihat video di bawah :
Video : kenyataan Najib Razak
Atau mungkin Guan Eng DAP benar-benar tidak faham maksud 'perumpamaan' dan kerana itu beliau bersikap 'sexism' menghina pemimpin wanita dengan tuduhan 'nenek rasis'. Dan kerana itu juga, rakan politik beliau bersikap biadap yang menghina pekerja MPPP sebagai kucing kurap.
Jika benar, MiM sarankan agar pemimpin-pemimpin DAP ini belajar ilmu etika dahulu.
Tetapi satu perkara yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh Lim Guan Eng DAP ialah keterbukaan MCA untuk menerima nasihat walau pahit sekali pun.
Lihat apa yang terjadi dengan Datuk Mansor Othman. Beliau pernah memegang Timbalan kepada Lim Guan Eng. Tetapi selepas isu yang memalukan anak Kit Siang DAP? Kemana Mansor Othman?
Video : Arrogant tokong
"Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang.”Bagaimana pula dengan PAS Pulau Pinang setelah bangkit mempertikaikan kerajaan DAP Pulau Pinang? Ketika itu Salleh Man merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang.
Pemimpin PAS Pulau Pinang membidas kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP kerana dikatakan gagal mengamalkan slogan kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) dalam pakatan pembangkang.
Mereka berkata kerajaan negeri meminggirkan PAS, selain tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.
Berikutan itu PAS Pulau Pinang berkata akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang negeri jika kerajaan negeri meneruskan amalan yang hanya melindungi maruah dan prinsip DAP.
Dan sekarang, tahu-tahu sahaja Salleh Man bukan lagi Pesuruhjaya PAS negeri dan diganti dengan Mat Sabu!
Biar apa pun alasan yang diberi, rakyat sudah tentu mengaitkan isu pelucutan jawatan Mansor Othman dan Salleh Man kerana mengkritik Lim Guan Eng DAP. Setiausaha Agung DAP itu sendiri didakwa cuba 'basuh tangan' dengan menuduh isu ketidakpuashatian PAS negeri adalah disebabkan oleh PKR.
Pada hal, kenyataan Guan Eng DAP itu boleh dipertikaikan KLIK SINI
Dan anda sendiri boleh lihat betapa PAS dan PKR tidak mampu untuk mengkritik kenyataan Setiausaha Agung DAP itu ! Sehingga ke hari ini, tiada kepimpinan PAS dan PKR tampil mempertikai kenyataan Guan Eng DAP. Sungguh memalukan!
Ironinya, ada juga yang berkata bahawa anak Kit Siang itu lebih baik jaga dan fokus parti DAP. Bukan sahaja dimalukan kerana terpaksa membuat pemilihan semula CEC DAP, beliau sendiri telah kekurangan undi popular dan jatuh tergolek ke tangga 5 oleh perwakilan DAP.
Tetapi beliau sendiri masih memegang jawatan tertinggi parti DAP. Itulah demokratik namanya?
Dan kenapa Lim Guan Eng DAP masih tidak menjawab pendedahan besar ini?KLIK SINI
source : Dr MiM
No comments:
Post a Comment