NUFFNANG

Thursday, 19 December 2013

Anwar Guna SD Individu Yang Diragui – Shafee

Anwar Guna SD Individu Yang Diragui – Shafee

AIDCNews – 19/12/13 – Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahimmenggunakan pengakuan bersumpah (SD) daripada seorang individu yang diragui untuk menggugurkannya daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.
Individu meragukan yang dimaksudkan itu ialah Mat Zain.
Dalam dalam afidavitnya, Shafee dilaporkan Malaysiakini berkata ‘Mat Zain’ menyembunyikan identiti dengan menggunakan nombor kad pengenalan palsu dalam SD yang dikemukakan ke mahkamah, sedangkan nombor kad pengenalan sebenar Mat Zain bekas pegawai kanan polis itu adalah individu yang diisytiharkan sebagai seorang yang bankrap oleh Jabatan Insolvensi.
Ia dikemukakan bagi menjawab afidavit Mat Zain yang mendakwa Shafee mengetahui mengenai perbuatan jenayah yang didakwa dilakukan oleh Peguam Negara.
Shafee juga mendakwa, Mat Zain menyembunyikan “rekaan” tersebut dengan “memadamkan nombor kad pengenalan dan alamatnya dalam salinan SD yang diberikan kepada Anwar.
Bagaimanapun, dokumen yang dikemukakan oleh Mat Zain itu digunakan oleh Anwar untuk mengaitkan pihak lain, katanya.
Sementara itu, Utusan melaporkan Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan esok untuk menentukan keputusan permohonan Anwar menggugurkan peguam Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat II.
Sebelum permohonan itu didengar, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali turut menetapkan 12 dan 13 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

source : aidc

No comments: