NUFFNANG

Friday 20 September 2013

WAHAI AHLI DAN BUKAN AHLI UMNO! BACALAH ARTIKEL INI!! "ANTARA MUKHRIZ DAN HISS...SHAMUDDIN...."

ANTARA MUKHRIZ DAN HISS...SHAMUDDIN....






PAU semakin hampir. Semakin banyak juga ramalan-ramalan dan spekulasi yang dibuat oleh pemerhati politik tanahair. Bloggers juga tidak ketinggalan menulis berkenaannya berdasarkan persepsi dan pemerhatian masing-masing.

Penyandang jawatan Naib Presiden adalah Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Afdal. Selain mereka yang akan mempertahankan jawatan masing-masing, beberapa calon baru juga berminat untuk merebut jawatan berkenaan. Ali Rustam dan Isa Samad awal-awal lagi sudah menyatakan kesediaan mereka menawarkan diri, ditambah dengan Mukhriz Mahathir yang baru-baru ini membuat pengumuman untuk turut menawarkan diri.


Sudah tentu perebutan jawatan Naib Presiden kali ini akan lebih meriah, namun pasti ada pihak yang akan kecundang. Melihat kepada perkembangan semasa serta populariti masing-masing terutama di media sosial, tidak ada masalah bagi Zahid Hamidi untuk terus pertahankan jawatannya. Bagaimanapun agak menyulitkan bagi Hishammuddin dan Syafie Afdal.


Mengikut pemerhatian, ranking populariti calon-calon adalah seperti berikut;

1. Ahmad Zahid Hamidi
2. Mohd Ali Rustam
3. Mukhriz Mahathir
4. Shafie Afdal
5. Hishammuddin Hussein
6. Mohd Isa Abdul Samad.

Bagaimanapun, sudah pasti keadaan ini akan berubah dari masa kesemasa berdasarkan prestasi pelobi-pelobi dan calon itu sendiri. Kepada Zahid Hamidi, nasihat harus diberikan agar memerhatikan pelobi-pelobinya agar jangan kelihatan terlalu sombong dan angkoh kerana semua mata akan memerhatikan setiap gerak.


Ada pihak mempersoalkan antara Mukhriz dan Hishammuddin. Apakah perbezaan antara mereka berdua? Jikalau Hishammuddin dianggap lemah dalam tindakannya serta kelihatan tidak tegas, apa bezanya dengan Mukhriz? Mukhriz masih belum menyakinkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bijaksana serta tegas sepertimana ayahnya.


Secara peribadi, saya tidak terkilan andainya Mukhriz tercicir dari senarai 3 Naib Presiden dalam PAU akan datang, tidak juga jika Hishammuddin namun tentunya tidak memberikan sebarang makna andainya Isa Samad yang terpilih.

source : braveheart


No comments: