NUFFNANG

Friday 6 September 2013

Syed Ali ingatkan Karpal Singh orang Melayu masih terluka akibat kekejaman komunis, Ching Peng


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengigatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya jangan cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu berhubung isu kepulangan bekas pemimpin komunis, Chin Peng ke nagara ini.

Beliau menegaskan, orang Melayu terutama waris pasukan keselamatan yang dibunuh oleh pengganas komunis di zaman darurat tidak dapat memaafkan kekejaman tersebut.

"Rakyat dan negara ini pernah berada dalam kedaaan sengasara semasa zaman darurat akibat kekejaman Chin Peng, jadi tidak ada maknanya pemimpin komunis itu dibenarkann pulang semula ke negara ini," ujarnya.

Katanya, Karpal Singh sepatutnya menerima hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) pimpinan Chin Peng tidak sepatutnya dibiarkan menjejak kaki di Malaysia walaupun era komunis sudah berakhir.

Menurut beliau, keajaan perlu bertegas dalam hal ini bagi memastikan kestabilan dan kemanann negara tidak tergugat dengan penyusupan semula ideologi komunis atau gerakan subversif yang boleh mengancam keselamatan negara.

Tambah beliau, ketika kerajaan sedang berdepan dengan pelbagai isu politik semasa termasuk ketidaksetiaan sesetengah rakyatnya terhadap negara ini maka pengharaman kepulangan mereka sewajarnya dikekalkan.

"Sekarang ini pun ada anak-anak muda terutama bukan Melayu yang tidak setia kepada negara, perlakuan mereka bertentangan adat budaya serta dengan undang-undang negara malah ada yang berani menghina kemuliaan agama Islam dan kedudukan raja-raja Melayu," katanya. 

Karpal Singh dalam kenyataannya menerusi portal berita The Malaysian Insider semalam (5 September) menyeru Putrajaya supaya membenarkan bekas pemimpin dan anggota komunis yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air.

Gesaan dibuat olegh Karpal Singh selepas kenyataan bekas Timbalan Ketua Pengarah cawangan Khas, Yuen Yuet Leng yang dikatakan membuat gesaan sama seperti dilaporkian media sebelum ini.

Tambah Syed Ali lagi, sejarah kekejaman komunis tidak mudah untuk dipadam begitu sahaja atas alasan pergerakan tersebut telah diharamkan dan perang sudah lama berakhir.

"Ini bukan soal komunis itu telah berakhir, tetapi penderitaan dan kepahitan waris mangsa terutama pasukan polis dan tentera  masih tetap menjadi sejarah pahit untuk selama-lamanya," katanya.


Beliau turut melahirkan kebimbangannya jika gesaan itu dipenuhi secara tidak langsung menunjukkan pihak kerajaan seperti tidak menghargai pejuangan dan pengorbanan pasukan keselamatana dalam mempertahankan kedaulatan tanahair daripada ancaman  komunis.


"Kepentingan rakyat dan negara tetap diutamakan daripada memberi peluang kepada mereka (komunis) yang pernah membunuh rakyat yang tidak berdosa," tegasnya sambil menambah Chin Peng perlu bertanggungjawab di atas segala perlakuaj kejamnya sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Karpal Singh tidak seharusnya cuba mempolitikkan isu kepulangan bekas komunis ke negara ini kerana kehadiran mereka tidak pernah dialu-alukan oleh rakyat Malaysia.

"DAP diminta jangan cuba mempolitikkan isu tersebut, ini bukan soal peri kamanusiaan yang boleh dijual beli, ini soal maruah dan harga diri yang perlu dibayar hasil daripada pengorbanan wira negara," tegasnya.

No comments: