NUFFNANG

Friday 6 September 2013

READ! Karpal sokong kosong, Chin Peng bukan warganegara / KARPAL SOKONG 'KEPULANGAN' CHIN PENG!!! DAP SOKONG SEPENUHNYA!!!

Karpal sokong kosong, Chin Peng bukan warganegara



Pengerusi DAP, Karpal Singh menyokong sebarang usaha membawa semula bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.Karpal dilaporkan dalam kenyataan portal FMTberkata Kerajaan Malaysia tidak perlu berkeras dalam pendirian lamanya yang melarang kepulangan Chin Peng ke negara ini.
Beliau berkata begitu ketika mengulas cadangan bekas Timbalan Pengarah cawangan khas,Yuen Yuet Leng yang meminta kerajaan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota PKM yang lain kembali semula ke Malaysia.

Baca sepenuhnya di Badut Rakyat SINI

Menurut Flying Kick, ...  tanpa kewarganegaraan, bagaimanakah yang dikatakan Chin Peng DISOKONG UNTUK PULANG ke Malaysia, walhal lelaki tua komunis itu sebenarnya bukan warganegara Malaysia pun.

Sebaliknya berdasarkan kepada sejarah lampau, Chin Peng telah melarikan diri ke China dan tinggal di sana untuk suatu tempoh yang amat panjang. Tidak mustahil juga, Chin Peng sebenarnya telah pun menjadi warganegara China dan sengaja menjadikan tempat kelahirannya sebagai alasan untuk dia masuk dan tinggal di negara ini di samping menikmati pelbagai kemudahan yang tidak selayaknya diterima oleh komunis sepertinya.

Baca sepenuhnya SINI

source : the unspinners

KARPAL SOKONG 'KEPULANGAN' CHIN PENG!!! DAP SOKONG SEPENUHNYA!!!

Thursday, September 5, 2013

Ingatkan sudah habislah cerita Chin Peng, rupa-rupanya tidak. Menariknya, sokongan kepada Chin Peng diberikan oleh golongan pendatang dan keturunan mereka yang menikmati pemberian status kewarganegaraan pada zaman darurat bagi tujuan memerangi pengganas komunis yang diketuai oleh Chin Peng.

Sebelum ini, beberapa pihak telah memberikan sokongan kepada Chin Peng untuk memasuki dan tinggal di negara ini. Mereka turut mendesak kerajaan agar mengampunkan Chin Peng dan membiarkan komunis tua itu menikmati hari-hari terakhirnya dengan aman damai di negara yang pernah diperanginya suatu ketika dahulu.

Pemberian kewarganegaraan dibuat dengan persetujuan Raja-Raja Melayu selepas British memberi alasan, itu sahajalah peluang untuk meningkatkan semangat Cina-Cina dan India-India yang tidak mempunyai status kewarganegaraan untuk sama-sama memerangi komunis.

Dan dengan seribu satu macam alasan yang lain, ditambah pula dengan kesusahan yang dialami oleh penduduk Tanah Melayu, akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju memberikan taraf kewarganegaraan kepada golongan pendatang itu. Tidak cukup dengan itu, Raja-Raja Melayu turut bersetuju untuk memajakkan sebahagian daripada tanah-tanah mereka untuk dijadikan perkampungan yang menempatkan pendatang-pendatang tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai KAMPUNG BARU.

Pemberian kewarganegaraan tidak melibatkan pengganas-pengganas komunis yang masih enggan menamatkan serangan mereka ke atas rakyat negara ini. Kad pengenalan yang diperkenalkan pada zaman darurat turut tidak diberikan kepada pengganas-pengganas komunis, termasuklah Chin Peng.

Justeru, tanpa kewarganegaraan, bagaimanakah yang dikatakan Chin Peng DISOKONG UNTUK PULANG ke Malaysia, walhal lelaki tua komunis itu sebenarnya bukan warganegara Malaysia pun. Sebaliknya berdasarkan kepada sejarah lampau, Chin Peng telah melarikan diri ke China dan tinggal di sana untuk suatu tempoh yang amat panjang.

Tidak mustahil juga, Chin Peng sebenarnya telah pun menjadi warganegara China dan sengaja menjadikan tempat kelahirannya sebagai alasan untuk dia masuk dan tinggal di negara ini di samping menikmati pelbagai kemudahan yang tidak selayaknya diterima oleh komunis sepertinya.

DAP dan para pemimpinnya seringkali cuba mengherotkan sejarah dan memutarbelit fakta tentang kewarganegaraan. Kaum pendatang tidak pernah mendapat kerakyatan secara automatik. Sepatutnya mereka semua berpindah ke England dan menjadi rakyat British sesuai dengan status mereka selaku RAKYAT RATU pada zaman penjajahan dahulu.

Namun British tidak mungkin akan menerima begitu sahaja. Sedangkan mereka pula tidak mungkin mahu pulang ke tanah leluhur yang telah menyediakan kesengsaraan sehingga membuatkan mereka terpaksa menumpang di negara orang. Mujurlah, helah British menjadi dan akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju memberikan mereka status kewarganegaraan dengan hak penuh sekalipun tidak melebihi hak Bumiputera.

DAP tidak pernah mahu memberitahu perkara itu kepada para pengikut mereka. DAPsebaliknya seringkali melaung-laungkan tentang MALAYSIAN MALAYSIA. Malah lebih menarik lagi ialah apabila mereka dengan angkuh dan biadap menyatakan bahawa Melayu juga adalah kaum pendatang. Hujah mereka, Melayu di Semenanjung berhijrah dari kepulauan Indonesia.

Yang mereka buat-buat tidak tahu ialah Kepulauan Indonesia terletak di kawasan atau wilayah MELAYU!

Apakah DAP cuba mengulangi 'KEJAYAAN' kaum pendatang menipu Raja-Raja Melayu menerusi pemberian kewarganegaraan dengan mendesak agar Chin Peng dibenarkan masuk dan tinggal di negara ini? Adakah DAP cuba menipu rakyat Malaysia terutama yang pernah mengharungi kesusahan zaman darurat dan pada zaman di mana Komunis bermaharajalela membunuh rakyat Malaysia walaupun sebahagian besar daripada mereka telah lari ke China dan sempadan Thailand-Malaysia, kononnya Chin Peng sudah tidak berpengaruh dan tidak mampu lagi mengangkat senjata?

Atau sebenarnya DAP memang mempunyai cita-cita untuk mengembalikan semula nostalgia Parti Komunis Malaya yang mahu menubuhkan REPUBLIK RAKYAT MALAYA yang merupakan sebahagian daripada koloni Republik Rakyat Negeri China?

Sebab itulah, bersungguh-sungguh dan bertali arus mereka berusaha mengembalikan Chin Peng ke negara ini bagi memudahkan mereka mencapai tujuan tersebut setelah Anwar Ibrahim tidak lagi boleh diharap?

Karpal Singh sebenarnya yang menyuarakan desakan tersebut agar Kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng memasuki dan tinggal di negara ini. Jadi, kalau Karpal Singh yang bersuara, faham-faham saja sudahlah siapa sebenarnya yang menyuruh dia bercakap!!!

source : the flying kick

No comments: