NUFFNANG

Monday 16 September 2013

PM Najib..read this! AWAS PM SIKAP HIPOKRASI GLC


PDFCetakEmel

AWAS PM SIKAP HIPOKRASI GLC

 Kita rakyat Malaysia khasnya bangsa Melayu amat berbangga mendapat seorang Perdana Menteri yang perihatin terhadap masaalah bumiputera dalam bidang perniagaan, sehingga pelbagai inisiatif dipaksakan kepada syarikat-syarikat GLC untuk membantu orang-orang Melayu dalam dunia perniagaan...

Dan para pemimpin utama GLC itu pula dengan penuh perasaan 'berlakon' dangan Perdana Menteri Dato Seri Najib, kononnya merekalah juara yang hendak membantu orang-oeang Melayu dalam bidang perniagaan ini.

Hakikatnya sebahagian daripada GLC itu dikendalikan oleh pergawai-pegawai yang langsung tak ada semangat seperti yang dikehendaki oleh PM itu (yang benar-benar hendak membantu orang-orang Me layu dalam dunia perniagaan)...mengikut pemerhatian dan bercampur pengalaman lalu, para pegawi itu hanya benar-benar membantu orang-orang tertentu saja, dan menolak yang lain walaupun mereka amat memerlukan.

Para pemimpin GLC yang dilantik oleh kerajaan dengan perkenan dari PM itu, jarang yang ambil kisah perjalanan GLC berkenaan, kecuali syarikat GLC  tertentu seperti Sime Darby, PNB dan lain-lain kerana tugas dalam politik mereka memerlukan tumpuan yang lebih...oleh itu tidak akan kelihatan oleh mereka masaalah orang-orang Melayu yang sulit untuk dapat bantuan dari GLC berkenaan...!

Para pemimpin GLC  ini hanya akan melaporkan 'beres' kepada PM setip kali bertemu dalam majlis-majlis rasmi, untuk mendapat pujian "bagus' oleh PM...padahal pada masa beliau berkata 'beres' kepada PM itu, pada masa yang sama di pejabatnya, para pegawainya menolak permohonan orang Melayu tanpa belas kasihan, yang datang berlutut untuk mendapat bantuan dan pertolongan GLC  itu..!

No comments: