NUFFNANG

Thursday 19 September 2013

PERGHH! GILIRAN MELAYU PKR BANTAH KERAJAAAN BANTU EKONOMI BUMIPUTRA !

GILIRAN MELAYU PKR BANTAH KERAJAAAN BANTU EKONOMI BUMIPUTRA !

on Thursday, September 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PKR menyokong pendirian PAS berhubung Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan kerajaan. Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PKR senada dengan PAS kerana berpandangan setiap kaum wajar mendapat hak yang sama rata tanpa sebarang diskriminasi.

 "PKR menghormati dan menyokong pandangan itu kerana di pihak PKR sendiri, ianya sangat selari," katanya kepada pemberita yang ditemui di luar perkarangan kamar mahkamah di sini hari ini.

 Terdahulu, PAS menolak program pemerkasaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu atas alasan ia hanya fokus kepada satu kaum sahaja. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebagai sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara ini.

 Mengulas lanjut Saifuddin berkata PKR juga sebelum ini telah mengeluarkan satu dokumen 'Agenda Ekonomi Malaysia' pada 2007 yang menolak pemberian bantuan berdasarkan kaum. Justeru katanya program yang diperkenalkan kerajaan itu tidak dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat yang memerlukan.

 "Itu juga tidak jauh berbeza dengan pendirian PKR yang pernah diungkap dalam satu dokumen, yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar pada 2007.

 "Dokumen yang dinamakan Agenda Ekonomi Malaysia itu menegaskan tentang keperluan Malaysia berganjak daripada pemilihan berasaskan warna kulit, kaum kepada tindakan berdasarkan keperluan," ujarnya.

 Kerajaan sebelum ini mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, berpayungkan MEB, yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera. Lima strategi utama itu adalah meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.

source : generasi pejuang bangsa

No comments: