NUFFNANG

Friday 13 September 2013

PANAS!! PANAS!! Perhimpunan haram di Perak... 13 penyokong pembangkang dipenjara dua tahun


Perhimpunan haram di Perak... 13 penyokong pembangkang dipenjara dua tahun















Kejadian memalukan ini terjadi awal tahun 2009, ketika penyokong-penyokong parti pembangkang cuba menghalang pemimpin BN mengangkat sumpah membentuk kerajaan di Perak selepas tiga ADUN pembangkang bertindak jadi bebas dan sokong BN.

Bagi menghalang proses peralihan kuasa yang sah dari segi undang-undang itu berlaku, segelintir penyokong yang taksub sanggup menyertai perhimpunan haram selain cuba menghalang bakal MB Perak yang baru mengangkat sumpah.

Berikutan itu, selepas dibicarakan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 ke atas setiap 13 individu, termasuk seorang wanita yang terbabit dalam perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, di sini, pada 6 Februari 2009.

Hukuman tambahan lima bulan penjara turut dikenakan jika setiap tertuduh gagal membayar denda berkenaan.
Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi semua tertuduh.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti hujah dan keterangan saksi serta rayuan hukuman daripada kesemua tertuduh sekaligus pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu.-13/9/2013 *gambarfail

source : Agenda Daily

No comments: