NUFFNANG

Wednesday 11 September 2013

OMG...HOT ! GUAN ENG DAP MELENTING TAPI KANTOI BILA DIHENTAM BURUKKAN NAMA MALAYSIA ?!!

HOT ! GUAN ENG DAP MELENTING TAPI KANTOI BILA DIHENTAM BURUKKAN NAMA MALAYSIA ?!!

Nampaknya, Lim Guan Eng DAP seperti melenting apabila beliau dikritik kerana didakwa memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.



Anak Lim Kit Siang DAP itu membalas laporan tersebut di dalam blog beliau. Tajuknya sahaja berjela-jela dan penuh dengan perkataan bombastik tetapi kelakar :
BN Minister and BN-controlled English mainstream mediashould stop its ridiculous and malignant lies that I run down Malaysia to Hong Kong investors in an investment mission in Hong Kong but should instead take English tuition lessons to improve their vocabulary.


Benarkah menteri BN dan media perdana perlu ambil tusyen bahasa Inggeris seperti yang 'disyorkan' oleh Lim Guan Eng DAP atau beliau sendiri yang perlu ambil tusyen dan belajar etika bercakap benar dan tidak kerap angkat bakul sendiri?

Mungkin Guan Eng DAP boleh belajar dengan mula perkara yang mudah iaitu menggunakan tajuk yang lebih ringkas.

Apabila MiM rujuk kembali isu ini, terdapat beberapa portal yang menyiarkan laporan Guan Eng dihentam kerana running country down di antaranya The STAR bertajuk 'Guan Eng slammed for running country down' dan FMT bertajuk 'Penang CM blasted for running down M'sia" :

Sumber : The STAR

Sumber : FMT
Jika rujuk kepada laporan portal-portal di atas bertarikh 8hb September 2013, siapakah 'Menteri BN' yang dimaksudkan oleh Guan Eng DAP kerana yang 'melondeh' beliau hanyalah Huan Cheng Guan, Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Team (Semut)?

Dan kenapa Lim Guan Eng DAP begitu 'liat' untuk menyebut nama 'The STAR', akhbar milik MCA tetapi sebaliknya hanya menyebut 'BN-controlled mainstream media'? 
MiM percaya Guan Eng DAP akan menyebut dengan jelas nama Utusan Malaysia jika akhbar itu yang menyiarkan laporan itu.

Ada apa-apa ke di antara The STAR dan Setiausaha Agung DAP itu yang kita tidak tahu?

Di sini MiM buktikan beberapa kenyataan Lim Guan Eng DAP yang boleh dipersoalkan. Di antara omongan anak Kit Siang DAP di depan warga Pulau Pinang di Hong Kong :
Why should the people, especially lower-income groups, bear the pain of paying RM3.3 billion annually in increased petrol prices if no action is taken against those political bandits who steal the nation of RM 51 billion annually? more
Yang peliknya ialah Lim Guan Eng DAP tidak menyebut harga petrol yang sebenarnya di Malaysia. Kenapa beliau menyembunyikan perkara penting ini?

Apakah beliau takut warga Pulau Pinang di Hong Kong akan membandingkan harga petrol di Malaysia  dengan Hong Kong?

Mungkin ada benarnya kerana realitinya, harga petrol di Hong Kong jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan negara ini!

Harga RON95 di Malaysia : $0.61 per liter  
Harga RON95 di Hong Kong : $2.24 per liter (iaitu lebih 360% lebih mahal)

Lihat di bawah :

Sumber : Klik Sini
Warga Malaysia di Hong Kong dapat menerima kos petrol yang 360% lebih tinggi daripada Malaysia!

Bukti di atas sudah tentu menimbulkan persoalan besar tetang sikap Guan Eng DAP yang 'cakap separuh-separuh' kepada warga Pulau Pinang d Hong Kong.
Beginikah sikap seorang pemimpin yang boleh anda boleh percaya? 

Tunku Aziz sendiri tidak percaya Setiausaha Agung DAP ini.

Yang memalukan ialah adegan anak Kit Siang DAP yang seperti angkat bakul sendiri :
The annual budget surpluses in Penang, the increase in asset reserves by 50% and the reduction of the Penang state government’s debt by a record 95% attests to the effectiveness of integrity steps ranging from open competitive tenders to public declaration of assets. more
Lim Guan Eng sekali lagi dilihat bermegah dengan belanjawan tahunan serta pengurangan hutang 95% negeri Pulau Pinang daripada RM630 juta kepada RM30 juta.

Benarkah pengurangan hutang disebabkan oleh 'effectiveness of intergrity bla bla bla' seperti yang dicanangkan oleh Setiausaha Agung DAP yang sekarang ini berdepan dengan masaalah integriti dan kredibeliti dek isu CEC DAP?


Yang tidak diterangkan kepada rakyat ialah pengurangan hutang negeri Pulau Pinang itu adalah inisiatif kerajaan BN Persekutuan yang sering dikritik oleh Lim Guan Eng DAP.

Seperti yang dinyatakan oleh DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, Penskrukturan Semula Industri Air adalah satu inisiatif daripada pihak Kerajaan Persekutuan, untuk membantu dan memodenkan Industri Bekalan Air di Negara ini.

Perkara ini tidak diterangkan oleh Lim Guan Eg DAP kepada Penang Diaspora di Hong Kong.

Pemodenan inisiatif kerajaan BN pusat itu bertujuan untuk merealisasikan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negara ke arah satu industri yang holistik dan efektif. Yang paling utama ialah Kerajaan BN persekutuan dapat menyediakan bekalan air bersih dan berkualiti kepada rakyat pada harga yang berpatutan.

Dek kerana itu, hutang kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah lebih daripada RM600 juta telah ditanggung oleh kerajaan BN pusat.

Malah, yang lebih memalukan ialah hasil sejemput kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam keberhasilan kerajaan BN persekutuan membantu kesejahteraan rakyat tetapi diangkat dan dianggap menjadi jasa beliau dan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kenapakah jasa Kerajaan BN Persekutuan disembunyikan semasa perincian tentang 'kejayaan' Lim Guan Eng DAP yang dapat mengurangkan hutang negeri?  seterusnya

source : Dr. MiM

No comments: