NUFFNANG

Tuesday 17 September 2013

LEBIH BAIK INGAT TAN CHENG LOK & TAN SIEW SIN, CHIN PENG KETUA PENGGANAS

LEBIH BAIK INGAT TAN CHENG LOK & TAN SIEW SIN, CHIN PENG KETUA PENGGANAS

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Chin Peng masih dianggap sebagai seorang ketua pengganas. kerana mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM) dan membunuh anggota keselamatan negara ini.

“Saya pinta agar Chin Peng tetap dianggap sebagai ketua pengganas dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera masih belum dapat melupakan dan memaafkan keganasan pemimpin PKM itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Ahmad Zahid, ramai anggota keselamatan telah mati berperang dengan PKM.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924, mengetuai komunis dan melancarkan perang terhadap kerajaan Malaysia sehingga perjanjian damai pada tahun 1989.

Berdasarkan rekod lampau, Chin Peng dihalang pulang ke Malaysia dan menetap di Bangkok, Thailand, sehingga meninggal dunia pada hari ini, hari Malaysia, ketika berusia 90 tahun.

Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkeras agar mayat Chin Peng tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana pemimpin itu sememangnya tidak dibenarkan pulang sejak hayatnya lagi.

“Saya langsung tidak terperanjat kematian Chin Peng malah dia patut sudah lama mati. Mayatnya juga tidak perlu dibawa ke Malaysia kerana kerajaan memang tidak membenarkan Chin Peng kembali dari dulu lagi.

“Pada saya, Chin Peng bukan sahaja kepala komunis yang mengganas tetapi dia juga adalah penjenayah. Sejarah manusia seperti Chin Peng mesti dipadamkan daripada sejarah dan diketahui oleh rakyat terutama generasi muda,” katanya melalui satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Menurutnya, Rakyat Malaysia patut mengenang jasa Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin tetapi bukan Chin Peng.

“Rakyat Malaysia lebih elok mengenang sejarah Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin tetapi tidak Chin Peng. Kita lupakan sahaja Chin Peng ini,” katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut dihubungi The Malaysian Insider berkataChin Peng bukan warganegara Malaysia.


Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM… Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya

source : mymassa

No comments: