NUFFNANG

Sunday 15 September 2013

CERITA MENARIK VINCENT TAN, & PAIRIN KITINGAN PASAL ANWAR

CERITA MENARIK VINCENT TAN, & PAIRIN KITINGAN PASAL ANWAR


Tan Sri Vincent Tan, Di Antara Tokoh Korporat Malaysia
TAN SRI VINCENT TAN
Sebelumnya saya hendak bercerita tentang (Tan Sri) Vincet Tan. Beliau merupakan antara tokoh korporat yang melalui zaman kesusahan ekonomi negara merudum semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Beliau bercerita,"kamu tahu tak, sepanjang 22 tahun sampai sekarang ini, Tun Dr. Mahathir tidak pernah meminta kepada saya 10% kah 20% persenkah sampai dia pencen. Masa ekonomi kita tidak baik dahulu, Tun tolong saya, tolong ahli korporat yang lain juga, Tun telefon Bank supaya tidak kenakan interest yang tinggi kepada loan kami, beliau minta supaya kami diberi peluang beberapa bulan lagi, dan akhirnya Bank membantu kami. Kalau tidak, kamu imagine pada masa itu Bank boleh bunuh bisnes semua orang sekelip mata untuk bayar interest tinggi sedangkan ekonomi kurang baik"

Cerita Tan Sri Vincent Tan lagi, ketika ekonomi negara tidak berapa baik,"Tun nasehat kami supaya bertahan, buat bisnes itu bisnes ini, yang penting rakyat ada peluang pekerjaan,yang penting rakyat boleh hidup, rakyat boleh makan, yang penting ekonomi dalam negara boleh berjalan"

"Kamu bayangkan berpuluh tahun Tun tidak pernah meminta wang atau persen daripada projek-projek kerajaan untuk kepentingan politiknya".

Sambung Vincent Tan lagi, "Hari ini saya sudah berjaya. Saya tidak boleh lupa jasa Tun Dr. Mahathir. Kalau Tun Dr. Mahathir mahu ke mana-manapun pakailah jet saya, saya sanggup beri percuma, malah kalau ada keuntungan bisnes saya, saya sanggup beri 10% atau lebih kepada Tun Dr. Mahathir walaupun Tun tak minta. Kejayaan saya adalah kejayaan Tun juga".

"Hari ini, setiap bulan saya mesti berusaha untuk makan bersama-sama dengan Tun kerana saya hormat Tun, saya tidak boleh lupa jasa Tun menolong kami".

PAIRIN - ANWAR TIDAK BOLEH DIPERCAYAI (RCI SABAH) 
Kelihatan Anwar Sedang Memakai Huguan Malaysia
Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke perbicaraan mengenai RCI Sabah baru-baru ini amat menarik untuk dilihat kembali. 

Tun Dr. Mahathir bertanya, "Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?". Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya,".

Dua isu di atas telah dijawab lebih awal oleh DSP Joseph Pairin Kitingan. Pada ketika itu, DSP Pairin adalah Ketua Menteri Sabah yang memperjuangkan sebuah Suruhanjaya untuk menyiasat kes-kes penipuan di dalam isu Kad Pengenalan di Saba

DSP Joseph Pairin Kitingan mengulas bahawa "It is true. He (Anwar) blocked our request for an RCI. He was the one who rejected it. He cannot be trusted, for this reason we cannot accept Pakatan, especially Anwar Ibrahim". 

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH & HUGUAN SIOU
Saya tidak punya ulasan yang besar akan hal ini, kerana kita semua tahu jawapan DSP Pairin di atas melambangkan sikap Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang begitu berkuasa di Sabah ketika itu.

Jika anda sebagai Manager, sudah tentu Assistent Manager anda seorang yang patuh dan melaksanakan kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui. Sudah tentu Assistent Manager anda akan memaklumkan apa jua perkara yang berlaku di lapangan. Jika Assistent Manager anda menyembunyikan perkara yang berlaku di lapangan, tetapi memaklumkan perkara yang baik sahaja, adakah Assistent Manager anda seorang yang jujur dan amanah?

Begitu juga apabila kita sebagai Timbalan Perdana Menteri, bagaimana kita memahami bahawa setiap hasil mesyuarat, perjumpaan, panggilan telefon, perbincangan, pesanan, sms, memo dan sebagainya dikategorikan sebagai arahan Perdana Menteri?

Jika kita menginterpretasikannya sebagai suatu arahan, apakah semasa perlaksanaannya kita ada memberi laporan kepada Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan? Bagaimana cara kita akan melaporkan kepada Perdana Menteri, melalui telefon, datang berjumpa, menunggu mesyuarat kabinet, atau membiarkannya sahaja tanpa laporan. Atau membiarkan Perdana Meneteri mendapat maklumat daripada pihak lain dengan bukti sahih lagi berwibawa.

Jika arahan Perdana Menteri, supaya pemberian Kewarganegaraan di negeri Sabah diberikan kepada mereka yang sudah layak, mengikut arahan dan prosedur, serta tidak melanggar Perlembagaan negara, adakah ianya dilaksanakan atau dibiarkan 'leaking' di mana-mana oleh pegawai-pegawai kerajaan atau sindiket? Adakah Perdana Menteri dimaklumkan berlakunya masalah leaking, sindiket jual-beli Kad Pengenalan, sindiket Kad Pengenalan palsu dan sebagainya?

Kita harus faham bahawa Perdana Menteri membawa Dasar Kerajaan secara kolektif setelah dipersetujui di Parlimen dan setelah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat kabinet. Jika polisi yang baik, tetapi perlaksanaannya tidak berjalan dengan telus, mengapa Timbalan Perdana Menteri tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri dan seterusnya mencadangkan supaya ianya dihentikan untuk siasatan.

Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, anda kiralah berapa ramai Pegawai Kerajaan ditangkap dan dihukum kerana terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan? 

Anda kira semula, jika ianya melibatkan Tun Dr. Mahathir, mengapa Tun Dr. Mahathir membiarkan ahli-ahli UMNO ditangkap dan diISAkan dalam kes Kad Pengenalan di Sabah? 

Logiknya, jika betul ianya projek Tun Dr. Mahathir dan UMNO, sudah tentu lebih baik Tun Dr. Mahathir tutup mata telinga dan bebaskan sahaja ahli-ahli UMNO dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan itu? 

Sebaliknya, Tun Dr. Mahathir tidak berkompromi kepada sesiapa pun yang melanggar undang-undang sama ada pegawai kerajaan, ahli UMNO hatta Timbalan Perdana Menteri.

Maka, kita harus memahami bahawa dalam konteks masa tersebut, arahan-arahan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan perlu dilaksanakan dengan bijak! 

Allahyarham Tun Ghafar Baba, adalah antara Timbalan Perdana Menteri yang amat memahami arahan Perdana Menteri dalam isu-isu Sabah. Tatkala PBS keluar di saat-saat akhir PRU10, Tun Ghafar Baba melaksanakan arahan dengan cekap ketika membantu USNO dan umat Islam di Sabah dengan mempercepatkan kemasukan UMNO ke Sabah.

*Kepada DS Anwar Ibrahim, ketika memberi hujah di RCI Sabah minggu depan jangan sampai mengguris hati umat Islam dan Bumiputera di Sabah yang telah berstatus warganegara Malaysia yang mereka perolehi setelah melalui proses permohonan, tapisan keselamatan, temuduga, ujian bertulis, angkat sumpah dan banyak lagi proses yang maha ketat. 

Ianya berbeza dengan proses anugerah kewarganegaraan dalam kes Yuan Yu Fang dan Rexy Mainaky.

Artikel penuh boleh dibaca di laman jentayuabaka.

source : mymassa

No comments: