NUFFNANG

Thursday 12 September 2013

BENARKAH GUAN ENG DAP SOROK BAWAH KETIAK SEMASA 13 MEI 1969 ?

BENARKAH GUAN ENG DAP SOROK BAWAH KETIAK SEMASA 13 MEI 1969 ?

Di sini MiM siarkan satu artikel yang disiarkan dalam media perdana :
Mohd Ghazali Osman
Ipoh, Perak

BARU-BARU ini saya, isteri dan beberapa sahabat serta isteri masing-masing melapangkan masa untuk menonton filem Tanda Putra. Hasrat kami menonton filem ini ialah untuk menetukan apakah perkara-perkara yang membuatkan filem ini amat kontroversi dan amat dibenci oleh pembangkang.

Di samping itu juga kami juga ingin tahu babak manakah yang Lim Guan Eng mengatakan UMNO/kerajaan cuba mengubah sejarah.
Setelah menyaksikan filem ini selama hampir dua jam dan setelah berbincang bersama kawan-kawan, kami tidak langsung merasakan filem ini boleh memecah belahkan rakyat negara ini.

Tiada satu babak pun yang boleh dianggap sebagai mengubah sejarah. Apa yang berlaku semasa 13 Mei 1969 adalah apa yang berlaku semasa itu. Saya tahu kerana saya mengetahui dan menyaksikan sendiri apa yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Saya pasti Lim Guan Eng di masa itu adalah seorang budak hingus yang tidak tahu apa yang berlaku sambil menyorok di celah ketiak emaknya. Jadi apa yang dia tahu mengenai peristiwa buruk itu adalah cerita-cerita bapanya yang telah diputar belit untuk kepentingan diri dan parti mereka.

Saya tabik kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba atas keberanian dan kematangan beliau mengeluarkan filem sebegini agar sejarah Tanah Melayu tidak hapus ditelan zaman. Orang seperti Lim Guan Eng mahu Tanda Putra dihapuskan kerana ia bertentangan dengan ideologi dan pemikiran beliau. 
Adalah tidak sesuai langsung seorang Ketua Menteri sungguhpun daripada parti pembangkang berjiwa dan berpemikiran seperti dia.

Saya menyeru kepada orang Melayu yang cintakan negara, agama dan bangsa pergilah beramai-ramai menonton filem ini.
Saya dan kawan-kawan saya boleh memberi jaminan tiada satu babak pun telah diubah atau selit agar sejarah boleh ditukar seperi yang didakwa oleh beberapa pemimpin pembangkang yang sempit pandangan dan daya pemikiran. Janganlah lengah lagi. 
Pergi segera - sumber
Lim Guan Eng, any comment?

Sebelum ini MiM telah mengulas filem Tanda Putera : Baca Sini

source : Dr MiM

No comments: