NUFFNANG

Thursday 19 September 2013

AHLI UMNO DAN PEMUDA UMNO! BACALAH! KENAPA AKHRAMSYAH BERTANDING KETUA PEMUDA

KENAPA AKHRAMSYAH BERTANDING KETUA PEMUDA

Ramai yang menanyakan kenapa Akhramsyah mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pada sabtu, 14hb September yang lalu beliau telah menulis dalam blognya untuk menjawap soalan apakah di sebalik niat beliau bertanding Jawatan Ketua Pemuda ini.
“Beberapa blog serta halaman media sosial lain telah mula memberi komen tentang kemungkinan Blogger ini bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan ini. Banyak persoalan dan andaian timbul tentang niat, taktik serta kemungkinan pencapaian saya apabila berentap dengan Ketua Pemuda yang bukan sekadar mempertahankan kedudukannya, tetapi juga sedang menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.
Blogger ini tak akan dapat menjawab semua persoalan ini dalam satu posting sahaja, namun, bersedia untuk memulakan perbincangan tentang pertandingan ini dengan mengesahkan bahawa pada masa ini, memang menjadi niat saya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Insya Allah, blogger ini akan melakukan deklarasi rasmi tidak lama lagi, tetapi ingin saya berkongsi niat di sini dahulu demi menghormati warga sosial media yang mula menimbulkan persoalan ini secara serius.
Persoalan asas kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila membuat sesuatu adalah, apakah niat di sebalik perbuatan tersebut. Maka di sini, ingin blogger ini mengakui yang niat bertanding ke jawatan ini adalah kerana saya ingin mengabdikan diri, BERGANDING BERSAMA kawan-kawan, untuk MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ke PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA berlandaskan nilai-nilai keIKHLASan dalam PERJUANGAN serta BERSATU dalam meLAKSANAKANAGENDA MELAYU.
Pengupasan Niat serta Agenda akan diteruskan dalam perbincangan. Blogger ini berharap kawan-kawan Pemuda UMNO mahupun sahabat-sahabat serta bekas Pemuda UMNO di ruang Media Sosial sudi menyertai perbincangan membentuk wadah baru Pemuda UMNO Malaysia yang dirasakan perlu dibawa oleh saya sekiranya berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda tersebut.
Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi haruslah membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya, dan kesemua warga muda UMNO khususnya.
Ikhlas dari calon anda… Akhramsyah Sanusi “
Sama-samalah kita menilainya.

source : veteran mayc

No comments: